Connect with us

PUBG Mobile

3 Chicken Dinner berturut-turut, Bigetron RA terus mengganas di medan PMCO!

Published

on

Bigetron RA kini mengumpul 211 mata secara keseluruhan dengan 4 Chicken Dinner yang telah diraih setakat ini.

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional PUBG Mobile Indonesia, Bigetron RA terus mengganas dalam medan pertempuran Final Global PMCO Musim Luruh 2019 apabila mengutip 3 Chicken Dinner berturut-turut pada hari ini.

Bigetron RA mula mendominasi pada pusingan ke-7 dalam peta Miramar, dan kemudiannya pada pusingan ke-8 dan ke-9 yang masing-masing berlangsung di peta Erangle dan Vikendi.

Meski tidak peroleh Chicken Dinner pada pusingan yang lain, Bigetron RA dilihat semakin lapar memburu gelaran juara PMCO Musim Luruh apabila mereka masih kekal berada di kedudukan pertama secara keseluruhan setakat hari ini.

Mereka kini mengumpul 211 mata secara keseluruhan dengan 4 Chicken Dinner yang telah diraih.

Bigetron terdiri daripada kembar berbakat besar, Made Bagas Pramudita (Zuxxy) dan Made Bagus Prabaswara (Luxxy), Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (MiCROBOY).

Pasukan itu ketika ini sedang mendapat khidmat jurulatih sementara dari pemain profesional PUBG Mobile tanah air, Khairunnazri Masli (Boyka).

Mereka jauh meninggalkan pasukan yang berada di kedudukan nombor dua iaitu pasukan China, TOP Esports yang memperoleh 128 mata dengan 2 Chicken Dinner.

Sementara itu pasukan Malaysia, Yoodo Gank naik satu tangga hari ini iaitu di tangga ke-11 dengan 69 mata secara keseluruhan.


Click to comment

Cuba komen sikit

PUBG Mobile

‘Ngauman’ EVOS Esports terus garang di Malaysia, kolaborasi bersama VIP Squad

Published

on

VIP Squad akan dikenali sebagai EVOS VIP mulai hari ini. Barisan utama pemain PUBG Mobile EVOS VIP adalah Yakuza, Apick, Hyqul dan Razor.

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan Asia Tenggara EVOS Esports hari akan ‘melebarkan sayapnya’ di Malaysia dengan menjalankan satu kolaborasi bersama juara Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019, Victorious In Play (VIP Squad).

EVOS Esports berkata pasukan VIP Squad kini akan dijenamakan semula sebagai EVOS VIP dan akan bersaing di bawah nama EVOS untuk kejohanan akan datang.

Dalam satu kenyataan media hari ini, EVOS VIP turut memperkenalkan barisan utama pemain mereka, iaitu:

  • Muhammad  Afiq (Yakuza)
  • Muhammad Syafiq (Apick)
  • Ahmad Danial Haiqal (Hyqul)
  • Wan Muhammad Irfan (Razor)

EVOS Esports berkata pihak mereka yakin kerjasama yang dijalinkan bersama VIP Squad merupakan satu cara terbaik untuk menceburi industri e-sukan di Malaysia.

Jelas EVOS Esports, mereka juga akan melabur secara perlahan-lahan menerusi kerjasama itu untuk membina satu nama yang kukuh di Malaysia.

EVOS Esports merupakan satu organisasi e-sukan yang ditubuhkan pada 2017 dan beroperasi di lima buah negara dengan 15 pasukan serta lebih 60 pemain berada di bawah naungannya.

Antara skuad kompetitif e-sukan yang berada di bawah organisasi EVOS Esports termasuk Arena of Valor, Dota 2, League of Legends, Mobile Legends, Point Blank, Fortnite Battle Royale, Point Blank & FIFA. 

Sementara itu bagi VIP Squad, mereka dilihat sebagai antara pasukan elit PUBG Mobile di Malaysia berikutan rekod pencapaian yang diraih setakat ini.

Pada Disember tahun lalu, VIP Squad terpilih untuk mewakili Malaysia ke PMSC 2019 di Riyadh, Arab Saudi yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2 juta.

Sementara itu, pada Oktober 2019, VIP Squad melayakkan diri ke Grand Final Asia Tenggara PMCO Fall Split yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand.

VIP Squad berjaya meraih slot ke Grand Final itu selepas berjaya meraih kedudukan ke-16 dalam peringkat Liga PMCO Fall Split, yang berlangsung selama empat minggu di Shanghai China.

VIP Squad juga sebelum ini pernah menjadi juara bagi Kejohanan Grand Final PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019 pada Julai lalu.

Continue Reading

PUBG Mobile

Pengulas e-sukan icybaby kini Pengurus Besar Bigetron Malaysia

Published

on

Terence Yong Yew Gin atau senang dikenali icybaby12 kini merupakan Pengurus Besar Bigetron Malasyia. - Foto Facebook / icybaby12

KUALA LUMPUR – Pengulas e-sukan profesional tanah air, Terence Yong Yew Gin atau senang dikenali icybaby12 kini merupakan Pengurus Besar Bigetron Malasyia.

Perkara itu diumumkan dalam satu video Bigetron Malaysia pada hari ini.

“Sejujurnya saya gementar tapi berbesar hati apabila Boyka (CEO Bigetron Malaysia) menawarkan jawatan ini kepada saya.

“Malaysia mempunyai ramai pemain yang berpotensi besar. Saya tidak sabar untuk bekerja dengan Boyka.

“Saya berharap Bigetron Malaysia boleh bertanding di peringkat yang lebih tinggi, mungkin di peringkat kejuaraan dunia,” kata icybaby12 dalam satu video pengumuman Bigetron Malaysia pada hari ini. 

Icybaby12 bukan satu nama asing dalam komuniti PUBG Mobile dan Asia Tenggara. 

BACA: Bigetron Esports rasmi tubuh Bigetron Malaysia, Boyka sebagai CEO

Dia merupakan pengulas bagi Global Final PMCO dan PMCO Asia Tenggara bagi kedua-dua Musim Bunga dan Musim Luruh pada tahun lalu.

Dia juga pernah menjadi pengulas untuk e-sukan Dota 2 sebelum berjinak dalam arena pengulasan e-sukan mudah alih.

Semalam Bigetron Esports secara rasmi menubuhkan cawangannya tersendiri di negara ini yang dikenali sebagai Bigetron Malaysia.

Bigetron Esports turut mengumumkan bekas jurulatih terkenal dalam komuniti e-sukan PUBG Mobile Khairunnazri Masli (Boyka) akan bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bigetron Malaysia.

Continue Reading

PUBG Mobile

PUBG: Pengumuman penting VIP Squad jam 8 malam

Published

on

Siapakah bakal menjadi barisan utama VIP Squad kali ini? - Foto VIP

KUALA LUMPUR – Bekas wakil Malaysia ke Piala Dunia PUBG Mobile Star Challenge 2019 (PMSC), Victorious in Play (VIP Squad) dijangka membuat satu pengumuman penting pada jam 8 malam nanti.

Dalam satu kenyataan hari ini, VIP Squad memuat naik satu foto bayangan gelap empat individu.

Parking dulu geng! Tunggu nanti pukul 8 malam kita mahu buat pengumuman,” ujar ringkas VIP Squad dalam kenyataan itu.

VIP Squad merupakan antara pasukan elit PUBG Mobile di Malaysia berikutan rekod pencapaian yang diraih setakat ini.

Pada Disember tahun lalu, VIP Squad terpilih untuk mewakili Malaysia ke PMSC 2019 di Riyadh, Arab Saudi yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2 juta.

Sementara itu, pada Oktober 2019, VIP Squad melayakkan diri ke Grand Final Asia Tenggara PMCO Fall Split yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand.

VIP Squad berjaya meraih slot ke Grand Final itu selepas berjaya meraih kedudukan ke-16 dalam peringkat Liga PMCO Fall Split, yang berlangsung selama empat minggu di Shanghai China.

VIP Squad juga sebelum ini pernah menjadi juara bagi Kejohanan Grand Final PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019 pada Julai lalu.

Setakat ini, hanya Kapten VIP Squad Muhammad Afiq bin abdul Aziz (Yakuza) disahkan berada dalam barisan utama pasukan itu.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!