Connect with us

General

MPL: Hanya 5 sah dijemput, NV bubar, Resurgence tidak cukup 3 pemain sertai musim liga

Published

on

Moonton sahkan hanya 5 pasukan Malaysia dan Singapura yang dapat jemputan terus ke MPL Musim Kelima.

KUALA LUMPUR – Penerbit e-sukan mudah alih Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends), Moonton, hari ini mengesahkan hanya 5 pasukan yang sah mendapat jemputan terus ke Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima.

Moonton berkata, pasukan tersebut layak mendapat jemputan terus ke Musim Liga kerana mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada pertukaran senarai pemain mereka.

Pasukan tersebut adalah: 

  • EVOS Esport SG (Juara Musim 4)
  • Todak (Naib Juara Musim 4)
  • Axis Esports (Tempat keempat Musim 4)
  • Geek Fam (Juara Musim 3, tempat kelima/keenam Musim 4)
  • Team Bosskurr (Tempat ketujuh/kelapan Musim 4)

EVOS Esports SG adalah pasukan tunggal Singapura yang dijemput secara langsung pada musim ini. 

Resurgence (pemenang tempat ketiga Musim 4) tidak layak menerima jemputan secara langsung kerana perubahan senarai pemain mereka melebihi separuh dari pemain pasukan musim lepas. 

Mereka akan bersaing untuk mendapatkan slot ke musim liga semasa pusingan kelayakan Singapura yang akan berlangsung pada 15-16 Februari.

Notorious Villains (tempat kelima/keenam Musim 4) pula tidak akan menyertai pada Musim 5 ini kerana pasukan mereka telah dibubarkan, kata penganjur.

Sementara itu bagi pusingan kelayakan hanya 2 slot dibuka bagi pasukan Malaysia dan 3 slot untuk pasukan dari Singapura.

Pusingan kelayakan Malaysia akan bermula dari 7 hingga 9 Februari 2020, manakala pusingan kelayakan Singapura akan berlangsung dari 15 hingga 16 Februari 2020. 

Pendaftaran untuk peringkat kelayakan kejohanan ini bermula 20 Januari hingga 2 Februari 2020. 

Borang pendaftaran rasmi akan tersedia bermula 20 Januari 2020 di halaman Facebook rasmi MLBB.

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini. 

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung playoffs di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai  kira-kira RM410,000. 

Click to comment

Cuba komen sikit

General

MPL: Moonchild tarik diri pada saat akhir

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) Sabah, Moonchild menarik diri saat akhir daripada menyertai Kelayakan Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura pada semalam.

Moonchild berkata keputusan itu disebabkan beberapa kesulitan yang tidak dapat dielakkan.

“Kami memohon seribu kemaafan kepada semua peminat dan penyokong.

“Kami terpaksa menarik diri dari menyertai kelayakan MPL kali ini. 

“Kami berharap agar semua peminat akan terus menyokong kami,”kata Moonchild dalam satu kenyataan.

Moonchild merupakan salah satu pasukan Mobile Legends yang sedang meningkat naik.

Antara pencapaian Moonchild termasuk tempat keenam Acara Pemilihan Atlet E-sukan ke Sukan SEA 2019, Juara Liga Borneo Sabah Sarawak Musim Ketiga dan Juara Grand Final GEN Y Centre Cup 2019.

Continue Reading

General

Rainbow 6 tidak boleh diakses pengguna Unifi, ganggu atlet tanah air untuk beraksi

Published

on

Rainbow 6 didakwa tidak dapat diakses bagi pengguna internet Unifi.

KUALA LUMPUR –  E-sukan Rainbow Six Siege (Rainbow 6) baru-baru ini didakwa tidak dapat diakses oleh pengguna perkhidmatan Unifi sejak petang kelmarin.

Kapten bagi pasukan Asia Tenggara, Lese Esports, Mohamad Amirul Mohamad berkata keadaan itu menyebabkan kesukaran dan mengganggu rutin latihan harian mereka.

Mohamad Amirul berkata, dia mengharapkan agar Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dapat melihat perkara ini dengan lebih lanjut.

“Kenapa Unifi perlu menghalang sambungan kepada Ubisoft? Kami atlet e-sukan yang mewakili negara untuk Rainbow 6.

“Bagaimana mahu berlatih jika tidak ada langsung akses sambungan (internet)?

“Saya yakin Syed Saddiq bukan seperti menteri yang lain, jadi berharap agar beliau untuk melakukan perkara yang sepatutnya,” kata Mohamad Amirul.

Mohamad Amirul yang menyertai arena profesional e-sukan Rainbow 6 sejak 2017 berkata mereka komited kepada organisasi yang diwakili untuk berlatih sekurang-kurangnya 20 jam seminggu.

Jelasnya, pasukan Lese Esports sedang melakukan satu sesi latihan sebagai persiapan menghadapi satu kejohanan pada Mac nanti.

Mohamad Amirul turut curiga mengenai situasi itu keranan menurutnya, pemain lain yang menggunakan perkhidmatan seperti Maxis dan Time tidak terjejas dan boleh mengakses untuk menggunakan Rainbow 6.

Continue Reading

General

MPL akan lebih ganas, EVOS SG perlu nafas baharu

Published

on

EVOS SG melakukan satu rombakan barisan pemain mereka baru-baru ini yang menyaksikan hanya Soul, OhDeerBambi dan JPL kekal. - Foto EVOS SG

KUALA LUMPUR – Juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Keempat, EVOS SG baru-baru ini melakukan rombakan yang dilihat agat besar dalam senarai pemain utama mereka.

Pengurus EVOS SG, Matthew Chen, berkata rombakan itu perlu dilakukan bagi memastikan pasukannya tidak ketinggalan dalam dunia kompetitif e-sukan Mobile Legends.

“Meski kami memenangi MPL Musim Keempat, kami masih mempunyai beberapa masalah. Ia boleh disaksikan ketika kejohanan dunia M1 dan Sukan SEA,” kata Matthew kepada What’s The Meta Today.

EVOS SG memilih untuk tidak mengekalkan barisan pemain-pemainnya sebelum ini berikutan beberapa faktor.

Bagi MPL Musim Kelima, berikut adalah barisan pemain utama mereka: 

  • Chong Ru Chyi (Soul) 
  • Robert Boon Wei Xing (OhDeerBambi) 
  • Akihiro Furusawa (JPL)
  • Lim Sheng Lun (Lun)
  • Javon Ham Kao Yee (Fossa), 
  • Ng Jun Hong (Pokemon)

EVOS SG turut menggunakan khidmat bekas kapten Resurgence, Ong Wei Sheng (Aeon) sebagai jurulatih.

“Aeon sangat dikenali dengan kebolehannya dalam mengatur strategi sejak dia bersama Resurgence lagi.

“Pemilihan Lun dan Fossa adalah kerana abiliti mereka sebagai pemain-pemain yang berbakat dan objekif ketika ini adalah untuk mencapai keserasian dalam satu kumpulan.

“Kehadiran Pokemon adalah kerana dia merupakan pemain baharu dalam arena ini dan sangat penting untuk menggilap bakat-bakat pemain muda. Namun Pokemon tidak akan diletak terus dalam barisan utama,” kata Matthew.

Sementara itu Matthew turut mengulas mengenai bekas pemain EVOS SG Potato dan Ace yang tidak lagi bersama mereka.

“Kami sangat menghargai mereka sebagai sebahagian dari pasukan yang mencipta sejarah bersama EVOS SG dan membawa pulang kejuaraan pertama MPL.

“Mereka berdua memilih untuk memberi tumpuan kepada hal kerjaya dan pelajaran masing-masing, selepas satu tahun memberi komitmen sebagai pemain sepenuh masa bersama EVOS SG,” kata Matthew.

Matthew juga berkata MPL Malaysia dan Singapura dilihat akan menjadi lebih sengit berikutan beberapa perubahan barisan pemain dan dia menyifatkan kesemua pasukan membuat keputusan yang sangat bijak.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!