Connect with us

Call of Duty Mobile

COD Mobile: Kejohanan ESL Malaysia tawar wang terkumpul RM40,000

Published

on

Adakah anda pasukan Call of Duty Mobile terbaik di Malaysia bagi tahun 2020?

SYARIKAT penerbitan dan penganjuran kejohanan e-sukan, ESL Asia, bakal mengadakan satu kejohanan ESL Malaysia Call of Duty : Mobile (COD Mobile) Musim 1 yang menawarkan hadiah terkumpul RM40,000.

Kejohanan ESL Malaysia COD Mobile yang dibuka untuk semua rakyat Malaysia akan mengadakan dua pusingan kelayakan terbuka iaitu pada 8 dan 15 Februari nanti.

8 pasukan teratas bagi setiap kelayakan terbuka akan mara ke kejohanan utama dan akan bertanding dengan format penyingkiran ganda (Double Elimination) dengan pasukan terbaik akan dinobatkan sebagai juara. 

Juara bagi kejohanan ini juga berpeluang untuk mewakili Malaysia di kejohanan dunia Garena World 2020.

Pasukan-pasukan yang ingin bertanding boleh mendaftar bagi kelayakan terbuka di sini.

Kejohanan ESL Malaysia COD Mobile Musim 1 turut menyaksikan Yoodo sebagai Telco Digital Rasmi.

Click to comment

Cuba komen sikit

Call of Duty Mobile

MPL: Siren Esports, Resurgence, Boss NV layak ke Musim Liga Musim Kelima

Published

on

Keputusan kelayakan Singapura yang berlangsung pada hujung minggu lalu. - Facebook / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Tiga pasukan Singapura, Siren Esports, Resurgence dan Notorious Villains (Boss NV) layak ke peringkat musim Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia dan Singapura.

Pasukan Siren Esports dan Resurgence mara ke peringkat seterusnya selepas masing menewaskan Boss NV 2-1 dan Osiris 2-0.

Manakala Boss NV yang hampir kecundang berjaya mendapatkan slot menerusi kemenangan 2-0 pada peringkat perlawanan gangsa dalam pusingan kelayakan Singapura semalam.

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini.

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung pusingan penentu di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM410,000.

Pusingan kelayakan Malaysia telah bermula dari 7 hingga 9 Februari yang lalu, manakala pusingan kelayakan Singapura telah berlansung pada hujung minggu lepas.

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang menyertai MPL Malaysia dan Singapura Musim Kelima:

  • EVOS SG
  • TODAK
  • Geek Fam
  • Team Bosskurr
  • Boss Axis (Axis Esports) 
  • Orange Esports
  • Makan Cendul
  • Siren Esports
  • Resurgence 
  • Boss NV 

Musim Liga MPL Malaysia dan Singapura yang kelima dijangka akan berlangsung pada 29 Februari 2020.


Continue Reading

Call of Duty Mobile

Call of Duty Mobile Garena’s Clan Invasion tawar RM25,000

Published

on

Masa untuk serlahkan skil menembak anda dalam Call of Duty Mobile Garena’s Clan Invasion.

KUALA LUMPUR – Kejohanan Pertama Peringkat Kebangsaan Call of Duty of Mobile, Call of Duty Mobile Garena’s Clan Invasion akan berlangsung tidak lama lagi di beberapa negara terpilih iaitu di Malaysia, Singapura dan Filipina.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM62,000 itu akan berlangsung pada 30 November nanti menerusi pusingan kelayakan atas talian.

Selepas pemain-pemain berjaya melepasi pusingan itu, mereka akan melalui pusingan penentu pada 28 dan 29 Disember.

Di peringkat Malaysia berikut adalah agihan wang terkumpul:

  • Juara :  RM10,000
  • Naib Juara : RM5,000
  • Tempat Ketiga: RM3,500
  • Tempat Keempat: RM2,500
  • Tempat Kelima dan Keenam: RM2,000

Bagi mereka yang mahu menyertai kejohanan ini masih belum terlewat kerana esok adalah hari terakhir bagi pendaftaran. Anda boleh layari laman ini mendaftar.

Call of Duty Mobile diterbikan Garena dengan kerjasama Activision dan syarikat milik Tencent, TiMi Studios.

Sejak ia dilancarkan pada 1 Oktober, syarikat penyelidikan SensorTower melaporkan permainan video Call of Duty telah dimuat turun sebanyak 148 juta kali di peranti Android dan iOS.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!