Connect with us

COVID19

COVID19: Pemilik Red Esports, Anne Raihan derma 1,000 topeng muka

Published

on

Selain pengasas dan pemilik organisasi e-sukan Red Esports, Anne Raihan cukup dikenali sebagai pengasas media Pen Merah dan butik pakaian Lima Waktu. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pemilik organisasi e-sukan tanah air RED Esports, Anne Raihan akan mendermakan 1,000 topeng muka bagi mereka yang memerlukan ketika ini.

Anne berkata terdapat beberapa golongan yang akan diutamakan untuk menerima 1,000 topeng muka tersebut itu, iaitu:

  • Golongan ibu mengandung
  • Warga emas yang perlu berulang alik ke klinik dan hospital
  • Golongan ibu tunggal
  • Pekerja-pekerja yang perlu bertugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan

“Anda boleh terus menghantar pesanan peribadi di Instagram saya. InsyaAllah boleh dapat membantu sedikit sebanyak.

“Kita akan membantu mana-mana pihak untuk meringankan beban mereka,” kata Anne dalam satu catatan Instagramnya.

Anne merupakan satu nama yang tidak asing dalam dunia media sosial tanah air. 

ICYMI: “Memang saya akan hadiahkan phone seperti iPhone XR atau Black Shark kalau mereka perform” – Anne Red Esports

Selain menjadi pemilik organisasi Red Esports, dia cukup dikenali sebagai pengasas media Pen Merah dan butik pakaian Lima Waktu.

Anne juga pernah memenangi Anugerah Top Young CEO 2019.

Sementara itu bagi perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 14 kematian disebabkan COVID-19 dicatatkan di negara ini setakat hari ini.

Menurut KKM, sebanyak 212 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 1518 orang.

“57 daripada kes tersebut kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 27 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” kata KKM dalam satu kenyataan hari ini.

KKM turut menyatakan sebanyak 20 pesakit COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang sehingga 23 Mac 2020. 

Ini menjadikan 159 pesakit COVID-19 telah berjaya sembuh dan discaj hospital setakat ini.

Click to comment

Cuba komen sikit

COVID19

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April

Published

on

Foto: Facebook Live / Astro AWANI

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu diambil berikutan trend semasa yang menunjukkan  kes-kes positif COVID-19 baharu yang masih berlaku.

“Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun dan ini menuntut kerajaan untuk meneruskan perintah kawalan kepada satu tempoh yang lebih lama.

“Saya memaklumkan perkara ini supaya saudara dan saudari lebih bersedia,” katanya dalam satu Perutusan Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada tengah hari tadi.

Lantaran itu, Perdana Menteri mengingatkan orang ramai untuk kekal berada di mana mereka berada sekarang.

“Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana.

“Anak-anak yang perlu balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi, tunggu dahulu. Pejabat yang ditutup, tak boleh dibuka sehingga sekarang.

“Jika ada urusan penting pada 2 atau 3 minggu akan datang, rancanglah dari sekarang, bagaimana mahu menguruskannya,” kata Perdana Menteri.

Beliau juga memaklum kepada orang ramai untuk kekal bertenang dan tidak panik walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan.

Jelasnya, keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan adalah untuk keselamatan rakyat.

“Saya tahu anda rasa terbeban, tapi saya tiada pilihan lain. Tempoh kuatkuasaan ini akan dikaji dari semasa ke semasa.

“Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, saya akan membuat pengumuman mengenainya.

“Yang penting, saya mohon saudara saudari bersedia untuk di duduk lebih lama di rumah,” kata Muhyiddin.

Beliau juga berkata kesemua kementerian telah diarahkan untuk menguruskan keperluan asas rakyat sepanjang tempoh kawalan pergerakan berkuat kuasa.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!