Connect with us

CSGO

CSGO: BAE.Sphynx naib juara Legion of Valkyries Asia Tenggara

Published

on

Meski berjaya mengekalkan momentum permainan ke peringkat semi final, mungkin rezeki kali ini tidak berpihak pada BAE.Sphynx apabila mereka terkandas di final Asia Tenggara.

KUALA LUMPUR – Pasukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) wanita tanah air BAE.Sphynx muncul sebagai naib juara dalam Kejohanan Legion of Valkyries Asia Tenggara selepas tewas kepada pasukan Thailand Illuminte.eSports pada minggu lalu.

BAE.Sphynx yang bermula dengan baik pada awal pusingan kejohanan itu tewas 2-1 kepada pasukan Thailand itu pada final.

BAE.Sphynx membuka tirai kejohanan itu dengan memaksa pasukan Vietnam DXG.TiAMAT, ke kelompok bawahan selepas menang 2-0.

Selepas itu BAE.Sphynx kemudian mengatur satu lagi langkah kemenangan apabila berdepan dengan  Illuminte.eSports buat kali pertama dalam kejohanan itu menang 2-0. Mereka kemudian layak ke semi final.

Pada semi final, BAE.Sphynx berdepan dengan pasukan jiran Rising 5, dan terus mengekalkan rekod kemenangan menewaskan musuh 2-0.

Meski berjaya mengekalkan momentum permainan ke peringkat semi final, mungkin rezeki kali ini tidak berpihak pada BAE.Sphynx.

Mereka terkandas di final Asia Tenggara sekali gus membenarkan pasukan Thailand Illuminte.eSports untuk beraksi di pentas dunia yang akan berlangsung bulan hadapan.

Legion of Valkyries merupakan satu inisiatif daripada Lenovo untuk menyemarakkan lagi penyertaan pemain wanita dalam e-sukan.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini dan produk-produk berkaitan dengan Lenovo di  laman: Legion Lenovo.

Click to comment

Cuba komen sikit

CSGO

Meski dilanda COVID-19, jangan sebarkan ‘virus’ rasis, kebencian di Internet – Ramona

Published

on

Ramona Azween merupakan pemain profesional CSGO bagi pasukan China Tyloo.fe. - Foto Facebook / Ramona Azween

PEMAIN profesional CSGO bagi pasukan Tyloo.fe, Ramona Azween Zaharuddin menyeru agar orang ramai agar menghentikan perbuatan diskriminasi terhadap wanita dalam e-sukan.

Ramona berkata perbuatan seksisme merupakan antara cabaran besar bagi atlet wanita dalam industri yang didominasi lelaki.

Tidak cukup dengan perbuatan diskriminasi itu, Ramona berkata pasukannya Tyloo.fe ketika ini turut diserang diskriminasi perkauman berikutan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

“Jangkitan coronavirus telah dijadikan ‘alat’ bagi mereka yang melakukan pembulian siber untuk menghina saya dan rakan-rakan sepasukan, hanya kerana saya bermain untuk pasukan China.

“Ia tidak mungkin lagi memberi kesan kepada saya kerana sudah lali dengan perbuatan buli dan serangan seperti itu.

“Walau bagaimanapun, bagi rakan-rakan sepasukan saya, mereka tidak biasa dengan perkara ini. Bagi saya, kejadian ini lebih menakutkan dari wabak COVID-19. Tindakan menyalahkan mereka disebabkan sesuatu yang di luar kawalan mereka memang tidak berperikemanusian,” kata Ramona.

Ramona berkata demikian dalam satu catatan di Twitter baru-baru ini.

Jelasnya, kesemua ahli pasukan Tyloo.fe memang terkesan dengan perkara itu.

“Kami bekerja keras seperti atlet-atlet e-sukan lain dan organisasi kami telah membantu kami sebaik mungkin. Apa yang kami mahukan adalah bermain untuk negara kami serta mengibarkan bendara tanah air kami.

“Tiada siapa mahukan wabak ini terjadi dan kami juga takut dengan COVID-19. Saya berharap orang ramai boleh lebih bersimpati dan memahami yang kami juga menderita terutama rakan-rakan saya di China.

“Saya menyifatkan, daripada menunding jari dan menyebarkan kebencian mengenai apa-apa yang berkaitan dengan COVID-19, bukankah lebih baik kita mendoakan agar keadaan menjadi lebih baik untuk 2020,” kata Ramona.

Ramona menyertai Tyloo.fe sejak Julai 2019 dan antara pencapaian yang telah diraihnya bersama pasukan itu termasuk termasuk tempat ketiga Nestpro Series 2019 dan layak ke Final Kejohanan Dunia Sukan Elektonik setelah menjuarai kelayakan kejohanan itu di China.

Continue Reading

CSGO

CSGO: Aiman, Blank layak ke Kelayakan Tertutup Asia Tenggara ESL One Rio

Published

on

Foto Facebook / Aiman Azham

KUALA LUMPUR – Pemain kompetitif CSGO Aiman Azham bersama pasukannya, Blank layak ke Kelayakan Tertutup Asia Tenggara ESL One Rio yang akan berlangsung pada bulan depan.

Aiman berkata pasukannya perjalannya ke pusingan itu memang di luar jangkaan.

“Penepatan minda kami hanya mahu menang. Kami memberikan sehabis baik pada setiap pusingan walapun terdapat satu pesaingan sengit pada kedudukan 16 teratas menentang pasukan Singapura.

“Namun kami berjaya semi final menentang pasukan Vietnam Divison X. Meski permulaan permainan agar sukar apabila kami kalah 11-16 pada peta pertama, kami kekalkan komposisi dan memilih untuk fokus pada peta seterusnya.

“Kami bangkit dan memaksa pihak lawan untuk bersaing pada peta ketiga. Akhirnya kami menang dan berjaya layak ke kelayakan itu,” kata Aiman ketika dihubungi What’s The Meta Today.

Aiman dan pasukannya, Blank layak ke Kelayakan Tertutup Asia Tenggara ESL One Rio yang akan berlangsung pada 7 dan 8 Mac 2020.

Bagi pusingan itu, empat pasukan telah menerima jemputan terus, iaitu Alpha Red (Thailand), Lucid Dream (Thailand), BTRG dan Bren Esports (Filipina). Sementara itu, tiga pasukan telah layak ke pusingan itu iaitu Blank (Malaysia), Paper Rex (Singapura), Huatzai (Singapura) dan Maple (Thailand).

Jika Aiman menang pada peringkat itu, dia dan Blank akan mara ke pusingan Minor Asia sebelum ke kejohanan utama ESL One Rio.

ESL One Rio yang akan berlangsung pada Mei, merupakan kejohanan pertama Valve di Brazil. Ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.1 juta.

Selain itu, Aiman turut berkongsikan barisan pemain terkini Blank:

  • Ashraf Firdaus (acAp)
  • Aiman Azham (aimaNNN)
  • Muhd Arsyad (aduka-)
  • Jayvee Paguirigan (Dubstep)
  • Grant Hadi Putra (Klipp)
Continue Reading

CSGO

Playtonia Conqueror’s Insignia: Kaze dan ViCi Gaming bawa pulang RM166,800

Published

on

Dalam kejohanan yang berlangsung di Sunway Lagoon Amphitheatre itu, pasukan ViCi Gaming menewaskan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), NASR 3-0 pada Grand Final. - Foto YouTube / Playtonia

KUALA LUMPUR – Pemain profesional Counter-Strike: Global Offensive tanah air Andrew Khong (Kaze) bersama pasukannya dari China ViCi Gaming menjuarai kejohanan Playtonia Conqueror’s Insignia hari ini.

Menerusi kemenangan itu, Kaze dan ViCi Gaming membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM166,800 (AS$40,000).

Dalam kejohanan yang berlangsung di Sunway Lagoon Amphitheatre itu, pasukan ViCi Gaming menewaskan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), NASR 3-0 pada Grand Final.

Pada pusingan pertama iaitu di Inferno, Vici Gaming meraih mata kemenangan 16-11. Semenatara itu, mereka meraih mata kemenangan mudah pada pusingan kedua di Nuke dengan mata 16-6.

Tidak mahu mengheret perlawanan, ViCi Gaming menamatkan kemaraan NASR pada pusingan ketiga di Overpass dengan mata kemenangan 19-16.

Dalam kejohanan itu juga menyaksikan pemain ViCi Gaming JamYoung muncul sebagai pemain terbaik (MVP).

Sementara itu, pasukan Singapura dream[S]cape meraih tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM20,850 dan pasukan India, Global berada di tempat keempat dan turut bawa pulang RM20,850.

Kejohanan Playtonia Conqueror’s Insignia yang berlangsung sejak semalam turut menyaksikan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago merasmikan kejohanan itu.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!