Connect with us

Mobile Legends

Ini senarai ranking hero OP ver.1.4.47 oleh Obuyan 10s Gaming

Published

on

Hero-hero yang mana bakal membantu anda untuk bertarung dalam Mobile Legends?

Mobile Legends : Bang Bang baru-baru ini melakukan kemas kini dalam sistem permainan kepada versi 1.4.47 yang menyaksikan beberapa perubahan baharu seperti pengenalan hero Shadow of Twilight, Carmilla dan Mod Arked : Magic Chess.

Menerusi kemas kini itu juga, dilihat memberi kesan kepada peningkatan dan penurunan kekuatan beberapa hero dalam Mobile Legends.

Pertukaran taraf kekuatan itu dilihat sedikit sebanyak bakal memberi kesan kepada meta pemain Mobile Legends.

Pemain pasukan Jepun 10s Gaming Plus, Kubo Yoshiaki (Obuyan) baru-baru ini berkongsikan satu jadual penuh mengenai ranking kekuatan setiap hero.

Obuyan mengkategorikan kekuatan hero kepada 6 bahagian iaitu OP (S+), Semi OP (S), Sangat Baik (A+), Baik (A), Sederhana (B+) dan Lemah (B).

Kategori B – Lemah

Fighter: Zilong, Sun, Balmond, Freya, Hilda
Mage : Vale

Kategori B+

Fighter: Alpha, Aldous, Argus, Alucard
Tank : Johnson
Assassins: Saber
Marksman : Miya, Layla, Irithel, Yi Sun-Shin
Mage: Vexana, Eudora, Odette

Kategori A

Fighter : Martis, Bane, Minsittthar

Tank : Uranus
Assassins : Karina, Hanzo
Marksman: Clint, Moskov, Hanabi, Lesley
Mage : Cyclops, Nana

Kategori A+ –

Fighter : Dyrroth, Lapu-Lapu, Roger, Silvanna, Terizla, Guinevere
Tank : Minotaur, Franco, Tigreal
Assassins: Lancelot, Fanny, Natalia
Mage: Zhask, Gord, Aurora, Alice, Kadita, Harley, Chang’e, Kagura
Support : Diggie, Estes, Faramis, Carmilla, Angela

Kategori S – Semi OP

Fighter : Leomord, Badang, Thamuz, Jawhead, Ruby,  Chou, Marsha, Xborg, 
Tank : Akai, Lolita, Hylos, Gatotkaca, Baxia, Grock, Belerick
Assassins : Hayabusa, Selena, Gussion, Helcurt
Marksman : Bruno, Granger, Karrie, Claud, Wanwan
Mage : Lunox, Lylia, Valir, Esmeralda, Harith
Support : Rafaela, Kaya

Kategori S+

Tank : Khufra
Assassins : Ling
Marksman: KimmyMage : Pharsa

Adakah anda bersetuju dengan pembahagian kategori Obuyan ini?

Click to comment

Cuba komen sikit

Mobile Legends

Bosskurr Cup: Todak tarik diri, diganti dengan jaguh Sabah STOP

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) Todak menarik diri daripada terus menyertai kejohanan amal Piala Bosskurr (BOSSKURR Cup) pada malam tadi.

Pengurus Team Bosskurr dan juga penganjur BOSSKURR Cup, Nureddy Nursal (Daddyhood) berkata pihak mereka menghormati keputusan Todak itu.

“Todak membuat keputusan untuk menarik diri dari BOSSKURR Cup untuk memberi fokus kepada Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura nanti.

“Kami memahami keputusan Todak. Jadi dengan itu, kami menjemput pasukan Sabah Top Players (STOP) untuk menggantikan tempat Todak.

“Fokus utama BOSSKURR Cup adalah kepada melakukan amal, bukan untuk menang (kompetitif),” kata Daddyhood.

BACA: BOSSKURR CUP: Tontonan kemuncak hari pertama catat 36,100 penonton

Berikutan keputusan Todak itu, pasukan Geek Fam menang tanpa bertanding 2-0 pada perlawanan semalam.

BOSSKURR CUP siri pertama yang bermula sejak minggu lepas merupakan satu kejohanan amal yang dianjurkan organisasi popular tanah air Team Bosskurr.

Wang tajaan sebanyak RM15,000 telah dikumpul setakat ini dan akan disalurkan kepada badan kebajikan atau golongan yang memerlukan pada Ramadhan nanti.

BOSSKURR CUP berlangsung setiap Rabu dan Khamis bermula 12 Februari sehingga 15 April 2020. Ia disertai 9 pasukan dalaman organisasi Team Bosskurr dan 7 pasukan jemputan organisasi luar.

Continue Reading

Mobile Legends

BOSSKURR CUP: ChuChu, 2ez4jepv pengulas minggu ini

Published

on

Pengulas e-sukan Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu) dan pemain profesional e-sukan Mohd Haqqani Jaafar (2ez4jepv) bakal menjadi pengulas untuk BOSSKURR Cup minggu ini. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pengulas e-sukan tanah air yang berbakat besar, Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu) dan pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang (Mobile Legends) bagi pasukan popular tanah air, Team Bosskurr, Mohd Haqqani Jaafar (2ez4jepv) bakal menjadi pengulas untuk BOSSKURR Cup minggu ini.

Menurut penganjur, 2ez4jepv akan mengulas kejohanan amal itu bermula jam 4 petang sehingga 7 malam esok. 

Manakala, ChuChu akan mengulas pada jam 8 malam sehingga 12 tengah malam esok.

BACA: Jadual perlawanan minggu kedua BOSSKURR CUP

BACA: Tontonan kemuncak hari pertama BOSSKURR CUP catat 36,100 penonton

Kejohanan liga amal Bosskurr Cup yang melibatkan 16 pasukan Malaysia kini memasuki minggu kedua.

Siaran langsung BOSSKURR Cup boleh ditonton di laman Facebook rasmi Team Bosskurr.

Pada perlawanan minggu lalu menyaksikan bekas juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura musim ketiga, Geek Fam berada di ranking pertama diikuti pasukan yang sedang meningkat naik Honey Juana Clan.

BOSSKURR CUP berlangsung setiap Rabu dan Khamis bermula 12 Februari sehingga 15 April 2020. 

Ia disertai 9 pasukan dalaman organisasi Team Bosskurr dan 7 pasukan jemputan organisasi luar.

Kejohanan siri pertama itu dibawakan oleh organisasi e-sukan popular tanah air, Team Bosskurr, dihoskan Darul Khusus E-Sport dan portal e-sukan What’s The Meta Today sebagai media rasmi.

Ia turut mendapat tajaan daripada iPhone Wanted dan RED Esports. 

Continue Reading

Mobile Legends

BOSSKURR CUP – Jadual minggu kedua, akan bermula jam 4 petang

Published

on

KUALA LUMPUR – Kejohanan liga amal Piala Bosskurr (BOSSKURR CUP) bakal memasuki minggu kedua esok.

Pada minggu ini, pihak penganjur memutuskan untuk mengawalkan jadual perlawanan iaitu bermula jam 4 petang.

Berikut adalah jadual perlawanan BOSSKURR Cup Minggu Kedua:

RABU, 19 Februari 2020

4.00PM – Godz vs MYA
5.00PM – GeekFam vs Todak
6.00PM – Boss Bangsawan vs Boss Rusuh
8.00PM – Moonchild vs Boss NV
9.00PM – Honey Juana Clan vs Boss Revolution
10.00PM – Boss Sonia vs Red Esports
11.00PM – Team Bosskurr vs Boss Axis
12.00AM – Boss All Star vs Boss JB

ICYMI : Keputusan BOSSKURR CUP Minggu Pertama

KHAMIS, 20 Februari 2020

4.00PM – Boss JB vs Boss Sonia
5.00PM – Boss Axis vs Boss Bangsawan
6.00PM – Boss NV vs Team Bosskurr
8.00PM – Boss Revolution vs Moonchild
9.00PM – Boss Rusuh vs Godz
10.00PM – Red Esports vs Honey Juana Clan
11.00PM – MYA vs Geek Fam
12.00AM – TODAK vs Boss All Star

BOSSKURR CUP siri pertama ini dibawakan oleh organisasi e-sukan popular tanah air, Team Bosskurr, dihoskan Darul Khusus E-Sport dan portal e-sukan What’s The Meta Today sebagai media rasmi.

Ia turut mendapat tajaan daripada iPhone Wanted dan RED Esports.

BOSSKURR CUP disiarkan secara langsung di Facebook Team Bosskurr dan pengulas jemputan.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!