Connect with us

PUBG Mobile

“Ini tidak sepatutnya berlaku” – Syed Saddiq

Published

on

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan situasi yang dihadapi pemain kompetitif PUBG Mobile Muhammad Aiman Hafizi Ahmad tidak sepatutnya berlaku. - Foto fail Facebook / Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Situasi yang dihadapi pemain kompetitif PUBG Mobile bagi pasukan AROV Esports (AROV) Muhammad Aiman Hafizi Ahmad yang terpaksa mengosongkan slotnya untuk ke Liga PMCO Asia Tenggara Fall Split (PMCO) mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu ciapan di Twitter rasminya berkata situasi yang dihadapi Muhammad Aiman tidak sepatutnya berlaku.

Lantaran itu, beliau meminta pegawai-pegawainya untuk menghubungi pihak Aiman bagi membantu perkara tersebut.

Situasi Muhammad Aiman sebelum itu turut mendapat perhatian Timbalan KBS, Steven Sim Chee Keong.

Katanya, pihaknya akan menghubungi pengurus pasukan AROV untuk tindakan yang selanjutnya.

Sebelum ini, What’s The Meta melaporkan mengenai situasi Muhammad Aiman atau senang dikenali sebagai Amypro dalam gelanggang maya yang terpaksa melupakan hasratnya untuk ke PMCO berhubung kekurangan dokumen berkaitan yang dihadapinya.

Menurut pengurus pasukan AROV, Danial Rusli, Muhamad Aiman yang berusia 19 tahun tidak mempunyai pasport dan kad pengenalan diri.

“Aiman tidak mempunyai kad pengenalan diri. Dokumen yang dia ada sekarang hanyalah salinan surat beranak. Jika dia mahu ke PMCO, dia perlu buat pasport. Tapi pasport pun tidak boleh buat kerana tiada kad pengenalan.

“Kami juga telah berhubung dengan pihak berkaitan mengenai isu ini, namun ada pegawai berkata proses perkara ini akan mengambil masa tiga sehingga lima tahun,” katanya.

Pada PMNC 2019 yang diadakan pada Julai lalu,  AROV berjaya mendapat tempat kedua dan sekali gus layak ke PMCO Asia Tenggara Fall Split 2019 pada September nanti.

Pada Mei lalu, AROV juga merupakan antara pasukan Malaysia yang layak ke Liga PMCO Asia Tenggara Spring Split, Shanghai China.

Namun, Muhammad Aiman tidak dapat menyertai kedua-dua liga tersebut kerana masalah dokumen diri yang dihadapinya.

Pengganti Aiman bagi PMCO Asia Tenggara Fall Split akan diumum kelak.

Setakat ini barisan pemain AROV yang akan bertanding bagi liga itu adalah termasuk AROVxMrR88, AROVxJenny dan AROVxPutra.

PMCO Asia Tenggara Fall Split dijangka berlangsung pada 15 September sehingga 10 Oktober nanti di Shanghai, China.

Kejohanan yang disertai 24 pasukan terbaik dari seluruh negara Asia Tenggara itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM130,000.

Click to comment

Cuba komen sikit

Play Like A Girl

Queen of Sanhok, Aniss kini jurulatih NED Faita

Published

on

Skuad wanita PUBG Mobile NED Esports, NED Faita. - Foto NED Esports

KUALA LUMPUR – Pemain kompetitif PUBG Mobile Nor Izwani Zanian (Aniss) kini menjadi jurulatih bagi skuad wanita NED Esports, iaitu NED Faita.

Aniss yang sebelum ini merupakan kapten pasukan itu turut dikenali sebagai Queen of Sanhok dalam kalangann komuniti e-sukan.

Menerusi bimbingannya, NED Faita baru-baru ini mempamerkan skil yang memberangsangkan menerusi satu acara Scrimmage Ladies anjuran Dingoz Esports.

Dalam tiga pusingan yang diadakan, NED Faita memperoleh 3 Chicken Dinner.

Mereka yang memperoleh 95 mata secara keseluruhan hampir mencatatkan rekod jarak 40 mata dengan pasukan yang berada di tempat kedua iaitu Orange Hera yang memperoleh 56 mata.

Barisan utama NED Faita terdiri daripada: 

  • Nurkhairina binti mohd sukor (Iris) 
  • Fatin Aqilah binti Shuhaimi (Qila)
  • Nurizzati Binti Ibrahim (Babyy)
  • Farah Wahidah Mohd Azmi (Farah)
  • Noor Balqis Shabira Taj Madira (Pixie)

NED Esports merupakan antara pasukan PUBG Mobile yang sedang meningkat naik di Malaysia.

Ikuti perkembangan terkini NED Esports di Facebook dan Instagram pasukan itu.

Continue Reading

PUBG Mobile

Juara dunia, Bigetron RA akan kembali beraksi hujung minggu ini

Published

on

Bigetron RA akan turut serta dalam Kelayakan Profesional Liga Dunia Games 2020 yang akan berlangsung di Indonesia. - Foto fail

JUARA kejohanan dunia PUBG Mobile Club Open Musim Luruh 2019, Bigetron Red Aliens (RA) akan kembali beraksi dalam arena kompetitif pada hujung minggu ini.

Perkara itu diumum organisasi e-sukan Bigetron Esports dalam satu kenyataan ini.

Bigetron Esports berkata skuad divisyen PUBG Mobile mereka itu akan turut serta dalam Kelayakan Profesional Liga Dunia Games 2020.

Kejohanan yang akan bermula pada 11 Januari nanti, boleh ditonton secara langsung di YouTube Dunia Games.

Pada Disember lalu Bigetron RA muncul sebagai juara keseluruhan Grand Final Global PMCO Musim Luruh 2019 dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM751,500 (AS$180,000) dan RM104,300 (AS$25,000) menerusi 5 Chicken Dinner.

Bigetron RA turut mengekalkan barisan pemain mereka yang terdiri daripada pasangan kembar,Made Bagas Pramudita (Zuxxy), Made Bagus Prabaswara (Luxxy) Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (MiCROBOY).

Pasukan Bigetron RA turut mendapatkan khidmat pemain profesional PUBG Mobile tanah air, Khairunnazri Masli (Boyka) sebagai jurulatih.

Continue Reading

PUBG Mobile

Bossned cari dua pemain PUBG yang berpengalaman

Published

on

Foto Instagram / @boss_nedd

KUALA LUMPUR – Pemilik pasukan e-sukan NED Esports, Nedim Sujak Nazri Aziz mengumumkan pihaknya sedang mencari dua pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) pada malam tadi.

“Saya perlukan 2 pemain PUBG yang mempunyai pengalaman dalam kejohanan offline dan mempunyai rekod statistik dalam permainan yang baik.

“Hubungi saya menerusi mesej (di Instagram),” kata Nedim.

NED Esports merupakan antara pasukan PUBG Mobile yang sedang meningkat naik di Malaysia.

Antara pencapaian NED Esports adalah apabila tiga skuad NED Esports iaitu  N.E.D; Brotherhood, Emryzz, Asasino berjaya melayakkan diri ke Grand Final Selangor Cyber Games 2019 Grand Finals.

Mereka turut melakukan latihan mingguan bersama-sama pasukan PUBG Mobile tempatan lain di Facebook.

Ikuti perkembangan terkini NED Esports di Facebook dan Instagram pasukan itu.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!