Connect with us

DOTA 2

#TI9: Juara dijangka bawa pulang RM58 juta

Published

on

Sebanyak 18 pasukan terbaik dari seluruh dunia akan berentap dalam The International 9 yang bakal berlangsung di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China.

PASUKAN Dota 2 yang bakal menjuarai kejohanan paling berprestij dalam e-sukan itu, The International 9 akan membawa pulang 45.5 peratus (RM58 juta) daripada hadiah wang terkumpul yang bernilai kira-kira RM133.8 juta (setakat 11 Ogos).

Bagi naib juara pula akan membawa pulang 13 peratus iaitu kira-kira RM17.1 juta.

Berikut adalah anggaran dalam Ringgit Malaysia bagi pembahagian wang terkumpul The International 2019: 

  • Tempat Pertama: RM58 juta
  • Tempat Kedua: RM17.1 juta
  • Tempat Ketiga:  RM11.7 juta
  • Tempat Keempat: RM7.9 juta
  • Tempat Ke-5 dan tempat ke-6 = RM4.6 juta
  • Tempat ke-7 dan tempat ke-8 = RM3.2 juta
  • Tempat ke-9 sehingga ke Tempat ke-12= RM2.6 juta
  • Tempat ke-13 sehingga ke tempat ke-16= RM2 juta
  • Tempat ke-17 dan Tempat ke-18= RM334,000

Sebanyak 18 pasukan terbaik dari seluruh dunia akan berentap dalam The International 9 yang bakal berlangsung di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China.

Kejohanan itu juga menyaksikan 5 pemain Malaysia akan beraksi merebut kejuaraan The International edisi kesembilan, iaitu MidOne (Team Secret), xNova (PSG.LGD), Moon (Mineski), Ah Fu (Royal Never Give Up) dan VtFaded (Chaos EC).

The International 9 bakal bermula pada 15 Ogos sehingga 25 Ogos 2019.

Click to comment

Cuba komen sikit

DOTA 2

TODAK perkenal barisan DOTA 2, sasar nombor 1 Malaysia

Published

on

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan tanah air, TODAK hari ini mengumumkan penubuhan pasukan Dota 2 selepas melakukan sesi pencarian ahli pasukan sejak akhir tahun lalu.

Berikut adalah senarai pemain Dota 2 bagi pasukan TODAK: 

Pengurus: Groov

Penolong Pengurus : Hamzi

Pemain Utama:

  • Mohd Helmy Ibrahim (VexuS) – Posisi 4
  • Muhammad Isyraf Lee Irwan Lee (SacRi) – Posisi 4/5 
  • Denise Danial Bin Abdullah (Denise) – Posisi Mid
  • Muhammad Syimir Khusaini  (wew) – Posisi Carry 
  • Muhammad Nur Alif B Alias (Envious) – Posisi Offlane 

Pemain keenam: 

  • Shukur Syameer Bin Muhamad Noor (Cyril)

Menerusi barisan pemain Dota 2 ini, Todak dalam satu kenyataan berkata mereka berharap dapat menjadi pasukan nombor 1 di Malaysia, dengan harapan dapat mendukung nama negara di persada dunia.

“Kami telah memulakan persiapan bagi menghadapi tahun 2020.

“Sesi latihan dan jadual yang komprehensif telahpun dijalankan untuk mengikuti sebarang pertandingan yang ada.

“Kami berharap dengan sokongan yang padu dan jitu dari semua peminat dan pendukung industri e-sukan di Malaysia dapat menaikkan lagi semangat kami untuk menjadi yang terbaik,”kata TODAK.

Continue Reading

DOTA 2

“Mestilah saya ingat Soloz, dia superstar sekarang”- xNova

Published

on

Foto Facebook /PSG LGD/ Faris Zakaria

SEBELUM menceburi dunia kompetitif e-sukan Mobile Legends : Bang Bang, (Mobile Legends), pemain dan penghibur penstriman langsung Shopee Bosskurr Mohd Faris Zakaria (Soloz) pernah berkecimpung dalam arena Dota 2.

Soloz juga pernah berada dalam satu pasukan yang sama bersama pemain profesional Dota 2 tanah air yang kini bermain untuk pasukan antarabangsa PSG.LGD, Yap Jian Wei (xNova).

Baru-baru ini xNova mengadakan satu sesi soal jawab menerusi Instagram bersama peminatnya. 

Antara yang menjadi perhatian adalah apabila xNova ditanya jika dia masih mengingati bekas rakan sepasukannya dahulu, iaitu Soloz. 

“Sudah tentu saya ingat. Dia seorang superstar sekarang dan saya harap dia masih ingat saya,” kata xNova dengan meninggalkan emoji tawa riang.

Sementara itu, Soloz juga membalas jawapan xNova itu menerusi Instagramnya. Katanya memang 100 peratus mengingati xNova yang menduduki tempat ketiga kejohanan dunia The International 2019.

Sebelum ini tersebar beberapa gambar Soloz bersama xNova ketika mereka menyertai kejohanan Liga Dota 2 G-1 pada 2014.

Foto : Facebook / Invoker Haris


Selain Soloz dan xNova, turut berada dalam gambar tersebut adalah Tue Soon Chuan (Ahfu) yang pernah bermain untuk pasukan China Royal Never Give Up dan menduduki kedudukan lapan teratas The International 2019.

Continue Reading

DOTA 2

#ONEDota2: MidOne kembali bermain untuk Team Secret

Published

on

PEMAIN e-sukan profesional tanah air Yeik Nai Zheng (MidOne) membuat kemunculan kembali bersama pasukannya sebelum ini iaitu Team Secret dalam satu kejohanan jemputan antarabangsa ONE Esports DOTA 2 World Pro Invitational Singapura.

Perkara itu diumumkan Team Secret pada pagi tadi menyatakan MidOne akan bermain sebagai pengganti (stand in).

“Cuba teka siapa kembali? Lagi sekali. MidOne kini kembali,” kata Team Secret dalam satu ciapan ringkas beserta gambar.

Dalam gambar itu turut memaparkan MidOne bersama kapten Team Secret, Clement Ivanov (Puppey), Lasse Urpalainen (MATUMBAMAN), Michał Jankowski (Nisha) dan Ludwig Wåhlberg (zai).

Menurusi gambar itu, MidOne dilihat akan menggantikan pemain utama Yazied Jaradat (YapzOr).

Sebelum ini MidOne, dilaporkan akan mengambil waktu berehat panjang dari arena kompetitif e-sukan itu dan akan dilepaskan dari barisan utama Team Secret.

Sepanjang MidOne bersama Team Secret, beliau telah memenangi tiga kejohanan Major Valve dan menyertai kejohanan dunia, The International selama tiga tahun berturut-turut.

MidOne dan Team Secret turut menduduki tempat ke-4 pada The International 9, iaitu rekod pencapaian paling tinggi dalam sejarah Team Secret.

Baru-baru ini nama MidOne dilihat telah didaftarkan dalam laman Dota 2 pada semalam bersama dengan pemain-pemain lain seperti Michael Ross (ninjaboogie), Nicholas Lim Eng Han (zeal), Lee Jia He (Chidori~) dan Ooi Yew Kah (KennyO).

Sementara itu kejohanan ONE Esports DOTA 2 World Pro Invitational Singapura bakal menyaksikan 12 pasukan terbaik Dota 2 bakal merebut hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM141 juta (AS$34 juta).

Kejohanan ini akan berlangsung dari 20 hingga 22 Disember 2019 di Stadium Tertutup Singapura dan tiket boleh didapati di http://www.oneesports.gg/buydota2tickets.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!