Connect with us

Mobile Legends

Kami berharap dapat banggakan nama Malaysia – Laphel

Published

on

Laphel (berdiri) juga merupakan penganalisis bagi pasukan terkemuka tanah air, Shopee Bosskurr - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Terpilih sebagai jurulatih bagi skuad Mobile Legends : Bang Bang tanah air ke temasya Sukan SEA 2019 memang satu penghormatan yang besar kata Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel).

Laphel berkata pemilihan sebagai jurulatih itu juga dilihat sebagai satu tanggungjawab berat yang perlu dipikul dengan baik.

Jelasnya, dia dan anak-anak buahnya berhasrat untuk memberikan yang terbaik dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia.

“Pemilihan sebagai sebagai jurulatih ini memang dapat dirasai tekanannya dan ia satu tanggungjawab yang besar.

“Sukan SEA merupakan satu platform yang dapat mengubah perspektif rakyat Malaysia mengenai e-sukan.

“Jika kami dapat lakukan dengan baik dan banggakan nama malaysia, ia akan memberi masa depan yang cerah dalam e-sukan Malaysia,”kata Laphel ketika dihubungi What’s The Meta susulan pengumuman rasmi pemilihan jurulatih-jurulatih bagi pasukan e-sukan ke Sukan SEA hari ini.

BACA: Penganalisis Bosskurr, Laphel jadi pengulas MPL

Dalam satu sidang media pada tengah hari tadi di Menara KBS, Pengurus atlet e-sukan ke Sukan SEA 2019, Firdaus Hashim (MasterRamen) mengumumkan barisan jurulatih yang akan membantu latihan atlet-atlet berkenaan.

Barisan jurulatih itu akan diketuai Ahmad Syazwan Anuar , dan akan dibantu Goh Wee Thean (Arena of Valor), Yap Chee Loong (Dota 2), Laphel (MLBB) dan Ahmad Tarmizi Fozi (Tekken 7).

Sementara itu, pemilihan jurulatih bagi kategori Hearthstone dan Starcraft II akan diumumkan kelak.

Click to comment

Cuba komen sikit

Mobile Legends

MPL: Saya mahu Bosskurr buat comeback – Hangus

Published

on

Hangus mahu berikan yang terbaik untuk Team Bosskurr. - Foto Fial

KUALA LUMPUR – Jurulatih Team Bosskurr,  Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Hangus) mengharapkan agar peranannya dapat membantu meningkatkan mutu persembahan dan prestasi pasukan itu dalam arena e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends).

Hangus yang mula bermula berkhidmat sebagai jurulatih dengan Team Bosskurr pada Rabu lalu berkata dia akan memberi tumpuan dalam memastikan anak-anaknya mendapat latihan yang cukup.

“Sekarang ini, saya mahu memastikan mereka dapat latihan yang cukup kerana masing-masing sudah mempunyai skil, tapi perlu diasah.

“Saya akan buat yang terbaik untuk Team Bosskurr terutama membantu dari segi corak permainan mereka.

“Saya memang minat dengan skil mereka cuma perlu lebih banyak kepelbagaian strategi,” kata Hangus.

BACA: Hangus kini jurulatih Bosskurr Gaming

Hangus memulakan kariernya dalam arena kompetitif pada 2017 dan terpilih untuk mewakili Malaysia untuk Piala Asia Tenggara bersama Fredo, HawkEye, Kuja, Rush dan Jepv menerusi Team Saiyan.

Pada tahun berikutnya, Hangus dan Kuja menyertai Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Pertama dengan pasukan Mystic Burden.

Bagi musim kedua, Hangus kembali bersama pasukan Traitor namun tidak melepasi ke pusingan playoff Grand Final.

Pada musim keempat, Hangus muncul sebagai satu peranan yang baru bertindak sebagai jurulatih bagi pasukan TODAK dan berjaya meraih tempat kedua pada musim itu.

Kini, dengan harapan yang baru Hangus dilihat mampu mengembalikan semangat Saiyan dalam pasukan Bosskurr untuk mempamerkan prestasi yang luar biasa bersama Jepv, Rush, Logan serta pemain-pemain yang bakal beri nafas baharu, Leixia dan Syno.

Continue Reading

Mobile Legends

MPL: TODAK kekalkan barisan pemain, Manity ganti Hangus

Published

on

Barisan pemain TODAK dikekalkan.

KUALA LUMPUR – Penyandang tempat ketiga Kejohanan Dunia Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends), M1, Todak mengekalkan kesemua pemainnya yang bakal menyertai Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, penganjur turut mengumumkan posisi Muhamamad Rifhan Mohd Rizal (Hangus) sebagai jurulatih TODAK sebelum ini bakal digantikan dengan Nik Hafif Aiman Nik Hazlan (Manity).

BACA: Hangus kini jurulatih Bosskurr Gaming

Berikut adalah senarai pemain TODAK yang bakal bersaing dalam MPL Musim Kelima nanti:

  • Ciku
  • Eone
  • Lychee
  • Moon
  • Nenas
  • Xray

TODAK dilihat sebagai pasukan nombor satu Malaysia ketika ini apabila mengekalkan rekod dan prestasi yang baik sepanjang penubuhannya pada Mac 2019.

Pada MPL Musim Keempat, TODAK bermula diperingkat pusingan kelayakan dan mengungguli di peringkt Musim Liga.

Mereka juga berjaya mara ke playoff dan Grand Final meski tewas dalam satu pertarungan epik kepada EVOS SG.

TODAK turut layak ke kejohanan dunia selepas MPL Musim Keempat tamat. Mereka beraksi baik di peringkat kumpulan C dan berjaya meraih tempat ketiga terbaik dunia.

Kini, TODAK merupakan antara 5 pasukan Malaysia dan Singapura yang layak menerima jemputan terus ke MPL Musim kelima nanti.

Sementara itu, difahamkan pemain kompetitif dari Singapura, Ariff Iswandi dilihat bakal membantu TODAK dari segi peranan sebagai penganalisis.

 

Continue Reading

Mobile Legends

MPL: Barisan pemain Team Bosskur, Team Axis

Published

on

KUALA LUMPUR – Pengurus bagi organisasi e-sukan popular tanah air, Shopee Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddyhood) hari ini mengumumkan barisan pemain utama bagi pasukan Team Bosskurr dan Team Axis yang akan menyertai Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima.

Dalam satu pengumuman hari ini, Daddyhood mendedahkan pemain-pemain tersebut adalah: 

Team Bosskurr

  • Rush
  • Logan
  • Zaraki
  • Syno
  • 2ez4jepz
  • Leixia
  • Jurulatih : Hangus

Team Axis

  • Lacid 
  • Loong
  • Rynn
  • Evilx
  • Kaizer
  • Meepo
  • Pengurus: Laphel

Menerusi barisan pemain Bosskurr ini, penganjur MPL, Moonton dan eGG Network turut mengumukan Soloz, Penjahat, Gripex tidak akan bermain untuk Team Bosskur pada musim ini.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!