Connect with us

RED ESPORTS

“Memang saya akan hadiahkan phone seperti iPhone XR atau Black Shark kalau mereka perform” – Anne Red Esports

Published

on

Anne Raihan merupakan satu nama yang tidak asing dalam dunia media sosial tanah air. Selain menjadi pemilik organisasi Red Esports, dia cukup dikenali sebagai pengasas media Pen Merah dan butik pakaian Lima Waktu. Anne juga pernah memenangi Anugerah Top Young CEO 2019. - Foto What's The Meta / Mariah Ahmad

PEMILIK organisasi e-sukan Red Esports, Anne Raihan percaya setiap pemainnya yang berusaha keras layak menerima ganjaran yang sewajarnya.

Anne berkata dia mahu melihat pemain-pemain Red Esports berjaya dalam arena e-sukan dan mahu membantu mereka untuk mencapainya.

“Memang saya akan hadiahkan telefon pintar bagi mana-mana pemain dalam Red Esports jika mereka berusaha keras.

“Contohnya, ada seorang pemain simpanan bagi satu kumpulan dalam Red Esports yang saya sendiri lihat ada perubahan yang sangat ketara dalam masa lima bulan.

“Dia kini bermain sebagai salah seorang pemain utama. Sebagai ganjaran, saya berikan telefon pintar yang diinginkan iaitu Black Shark 2 kerana dia layak mendapatkannya.

“Bagi pasukan Red Phoenix, mereka mahu iPhone XR. Ada satu ketika, mereka malu bertanya jika saya boleh belikan mereka AirPods, dan saya tanya kenapa. Mereka kata ia akan memudahkan urusan komunikasi ketika berada dalam kejohanan, jadi saya berikan,” katanya kepada What’s The Meta dalam satu temu bual eksklusif.

Antara pasukan dalam naungan Red Esports ketika ini adalah termasuk Red Phoenix, Red Synergy X, Red Revolution X, Red Emperor, Red Assassin, Red Zero, Red Force, Red Origin dan Red Hawks.

Anne Raihan bersama pasukan Red Phoenix. Foto What’s The Meta / MARIAH AHMAD

Red Phoenix merupakan pasukan yang dilihat sedang meningkat naik ketika ini berikutan mutu persembahan yang konsisten dan barisan pemainnya yang luar biasa.

Red Phoenix terdiri daripada pemain-pemain terkemuka tanah air yang pernah melayakkan diri dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura seperti Error dan Sto (Dragon).

Selain Error dan Sto, Red Phoenix terdiri daripada Brook, Ash dan Naofumi.

Sebelum ini Red Phoenix pernah mencatatkan rekod kemenangan kejohanan dalam negara secara berturut-turut iaitu Juara Gen Y Centre Cup Esports Tour Zon Kota Kinabalu 2019, Juara Fit Malaysia MLBB Joes Esports dan Juara Malaysia IT Expo 2019.

Baru-baru ini, mereka turut menjuarai Kejohanan MLBB Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Selangor.

Red Phoenix dilihat bakal menggegarkan arena kompetitif Mobile Legends tanah air berikutan corak permainan yang konsisten pada tahun ini. –
Foto What’s The Meta / MARIAH AHMAD

Tak semestinya perlu jadi juara untuk dapat phone

Menurut Anne Raihan, pemain tidak semestinya perlu menjadi juara untuk mendapatkan telefon pintar yang diinginkan.

“Bukan senang-senang untuk saya berikan begitu sahaja. Contohnya seperti Red Phoenix, mereka merekodkan kemenangan berturut-turut. 

“Tapi sebenarnya saya lebih kepada melihat kepada usaha pemain. Jika saya nampak mereka berusaha setiap hari untuk berlatih dan mahu berubah untuk menjadi yang lebih baik, saya akan beri apa yang boleh diberi,” kata Anne Raihan.

Anne juga berkata, tiada istilah mengenai level siapa paling tinggi atau tidak dalam kalangan pasukan Red Esports.

Jelasnya, dia akan memberikan ganjaran kepada mana-mana pemain dalam Red Esports yang layak.

Tambah imbuhan kemenangan dua kali ganda

Selain itu, Anne juga berkata dia akan menambah imbuhan sebanyak dua kali ganda jika pasukannya menang dalam mana-mana kejohanan.

Dia juga akan mengadakan beberapa custom room sebagai sebahagian dari latihan untuk pasukan Red Esports.

“Dalam sebulan akan ada 3 atau 4 custom room bagi setiap skuad. Setiap custom room, ganjarannya sekurang-kurangnya RM500. Paling banyak pun RM2,000.

“Dan mereka akan terus dapat duit itu selepas menang. Custom room ini boleh dilihat sebagai gaji supaya mereka berusaha lebih lagi dalam arena kompetitif.

“Jika mereka menang dalam mana-mana kejohanan pula, saya akan tambah imbuhan dua kali ganda. Contoh jika kejohanan itu menawarkan hadiah kejuaraan sebanyak RM1,000, saya akan tambah lagi RM1,000,” jelas Anne.

Anne Raihan bersama trofi dan sijil Anugerah Top Young CEO 2019 yang diterimanya.
Foto: Instagram /@annera1han

Anne merupakan satu nama yang tidak asing dalam dunia media sosial tanah air. 

Selain menjadi pemilik organisasi Red Esports, dia cukup dikenali sebagai pengasas media Pen Merah dan butik pakaian Lima Waktu.

Anne juga pernah memenangi Anugerah Top Young CEO 2019.

Pengasas, pengarang dan penerbit What's The Meta.

Click to comment

Cuba komen sikit

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!