Connect with us

Mobile Legends

MPL: “Dari Musim 1 lagi patut ada penganalisis” – Pseudo

Published

on

Justin Nicholas Gregory (Pseudo) yang merupakan graduan Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Hertfordshire, UK itu mempunyai pengalaman dalam bidang e-sukan selama 7 tahun. - Foto Facebook / Pseudo

Penggiat dan pengulas e-sukan Justin Nicholas Gregory menyifatkan pasukan-pasukan Mobile Legends tempatan yang menyertai Liga Profesional (MPL) sepatutnya sudah perlu mendapatkan penganalisis sejak musim pertama lagi.

Jelasnya, peranan penganalisis adalah penting bagi menilai corak permainan (gameplay) yang bukan sahaja tertumpu kepada seseorang pemain tetapi ekosistem yang lebih besar.

“Setiap pemain mempunyai pelbagai latar belakang berbeza dan mereka mungkin mempunyai kelebihan dari segi mekanikal, kebolehan penyesuaian diri dan kebolehan membaca peta (map awareness).

“Mempunyai satu atau dua kelebihan itu sebagai seorang pemain tidak mencukupi sebagai satu pasukan. Anda perlukan kelima-lima pemain untuk mempunyai kefahaman dan berada di haluan yang sama sebagai satu pasukan.

“Siapa yang perlu memastikan setiap pemain perlu dilengkapi dengan kelebihan-kelebihan itu jika bukan individu yang ditugaskan sebagai penganalisis untuk membantu perkembangan pasukan secara keseluruhan?” katanya ketika dihubungi WTM Today baru-baru ini. 

Bagaimanapun, Pseudo berkata penganalisis juga akan membantu jurulatih dan pihak pengurusan pasukan. 

“Seseorang pengurus pasukan akan melihat dari segi aspek di luar konteks permainan. Jurulatih pula perlu fokus setiap perkembangan dalam permainan.

“Jika anda tiada penganalisis, bagaimana jurulatih itu mempunyai keupayaan untuk melatih pasukan dan dalam masa yang sama dia perlu menonton dan menganalisis setiap perlawanan pasukan pihak lawan?

“Walaupun saya tidaklah menggesa untuk semua pasukan untuk terus mewujudkan sebuah organisasi yang dilengkapi dengan kakitangan yang lengkap termasuk ketua jurulatih, jurulatih bagi peranan khusus, penganalisis khusus bagi setiap pemain dan penganalisis bakat baru, namun kita tidak boleh menafikan kepentingan peranan setiap jawatan ini,” tambahnya.

Pseudo yang pernah menjadi pengulas rasmi MPL bagi musim pertama dan kedua, mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam industri e-sukan sebagai pengulas, hos dan jurulatih.  

Dia mula berjinak dalam arena ini secara profesional sejak 2012, sebagai pengulas e-sukan League of Legends.

Graduan Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Hertfordshire, UK itu pernah ditugaskan untuk menganalisis dan membangunkan rancangan latihan bagi pemain dan pasukan e-sukan seperti Kuala Lumpur Hunters, Mysterious Assassins dan Mystical Angels.

Selain Mobile Legends dan League of Legends, Pseudo juga pernah menjadi pengulas profesional bagi e-sukan Heroes of the Storm, Crisis Action, Hearthstone, Blackshot dan Point Blank.

Click to comment

Cuba komen sikit

Mobile Legends

MPL MY/SG kembali berlangsung pada 9 April

Published

on

KUALA LUMPUR – Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima akan kembali bersiaran pada 9 April ini.

Menurut penganjur perlawanan akan berlangsung pada 9 sehingga 12 April dan 16 sehingga 19 April nanti.

Jelasnya, perlawanan pada Khamis dan Jumaat akan bermula jam 7.30 malam manakala perlawanan pada Sabtu dan Ahad akan bermula jam 2 petang di Facebook Mobile Legends.

Pada 17 Mac lalu, MPL MY/SG musim kelima ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari kerajaan.

PKP itu dikeluarkan berikutan situasi terkini penularan wabak COVID-19.

Sementara itu Pengurus E-sukan Moonton, Jayden Wei berkata pihaknya melakukan sedikit pertukaran dari segi bahagian operasi untuk memastikan liga itu dapat dijalankan seiring dengan PKP.

“Perlawanan yang dijalankan secara atas talian akan dipantau oleh petugas-petugas kami untuk memastikan integriti liga terjaga,” katanya.

MPL MY/SG merupakan liga utama Mobile Legends bagi Malaysia dan Singapura, yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM410,000.

Selepas beberapa minggu dijalankan, jaguh tanah air pasukan Geek Fam berada di ranking pertama ketika ini.

Continue Reading

Mobile Legends

MyA dijenamakan semula kepada Ezzy Esports

Published

on

MyA kini bernaung di bawah syarikat Ezzy Esports.

KUALA LUMPUR – Pasukan e-sukan yang sebelum ini popular kerana skil dan corak permainan Mobile Legendsnya, Mysterious Assassins (MyA) dijenamakan semula kepada Ezzy Esports.

Pengurus pasukan Mobile Legends Ezzy Esports Norshahidah Zulkifli berkata keputusan itu adalah berikutan MyA kini bernaung di bawah syarikat Ezzy Esports.

“MyA disasaskan pada 2017 dan bergerak sebagai satu skuad Mobile Legends.

“Selepas beberapa tahun bergerak dalam arena e-sukan dan telah bekerjasama dengan beberapa syarikat, kami bertekad untuk menaikkan nama Malaysia di persada dunia pada tahun ini.

“Pihak kami telah membentuk satu pengurusan baru di bawah naungan syarikat tempatan iaitu Ezzy-Esports bagi menyediakan pengurusan pasukan, fasiliti dan kebajikan yang lebih baik kepada setiap pemain kami,” katanya ketika dihubungi What’s The Meta Today.

Selain itu, Norshahidah juga berkata langkah itu juga akan membuka lebih banyak peluang kerjaya untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam e-sukan.

Menurut Norshahidah, Ezzy Esports merupakan syarikat dari HC Group, yang memberi tumpuan kepada perdagangan, import dan eksport, pembuatan dan penjagaan kesihatan.

Continue Reading

ESUKAN

Maharaja Soloz kini raih 1,000,000 pengikut di Facebook

Published

on

Setakat pagi ini, laman Facebook Soloz mencatatkan 1,007,042 pengikut dengan 404,094 likes. - Foto Facebook Soloz

KUALA LUMPUR – Penghibur penstriman langsung Facebook Gaming nombor 1 Malaysia, Mohd Faris Zakaria (Soloz) kini meraih lebih 1 juta pengikut di platform media sosial itu.

Setakat pagi ini, laman Facebook Soloz mencatatkan 1,007,042 pengikut dengan 404,094 likes.

Soloz merupakan antara pemain e-sukan yang popular di negara ini sehingga mendapat gelaran ‘Maharaja Soloz’ dalam kalangan peminatnya.

Antara pencapaian Soloz dalam dunia penstriman langsung termasuk Anugerah Pencipta Kandungan Facebook yang Paling Banyak Menerima Jumlah Tontonan di Malaysia yang pernah dimenanginya pada Julai 2019.

Sebelum menjadi penghibur penstriman langsung secara langsung sepenuh masa, Soloz merupakan pemain profesional Mobile Legends.

BACA: Soloz masih bersama Bosskurr, fokus kepada hiburan – Daddyhood

Pada 2018, dia pernah mewakili Mysterious Assassins pada musim pertama Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura.

Pada tahun yang sama, Soloz kemudiannya menyertai AirAsia Saiyan dan mewakili Malaysia di Piala Asia Tenggara (MSC) yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Namun disebabkan beberapa masalah berlaku yang melibatkan kontrak kejohanan, Air Asia Saiyan membuat keputusan untuk protes dan menarik diri.

Tindakan itu turut mendapat perhatian bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pada musim liga yang berikutnya, Soloz dan AirAsia Saiyan mendapat jemputan terus ke MPL. 

Pasukan itu kemudiannya dijenamakan semula sebagai Team Bosskurr pada musim ketiga selepas AirAsia Saiyan membuat keputusan untuk melepaskan kesemua pemain utama mereka.

Pada pertengahan tahun lalu iaitu sebelum MPL keempat bermula, Team Bosskurr mendapat tajaan daripada platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee.

Selepas mendapat tajaan itu, Team Bosskurr kemudiannya dikenali sebagai Shopee Bosskur.

Pada Ogos 2019, Soloz menggantikan tempat Ahmad Fuad Razali (Fredo) sebagai kapten skuad Mobile Legends Bosskurr.

Ia berikutan selepas Fredo membuat keputusan untuk berehat dari e-sukan itu.

BACA: Fredo berehat dari MLBB, fokus lebih kepada PUBG Mobile

Soloz juga dipilih sebagai pemain MVP (Pemain Terbaik) bagi peringkat  MPL Musim Keempat. 

Soloz menutup tirai tahun 2019 dengan pencapaian yang baik bersama skuad Bosskurr apabila mereka menyumbangkan pingat gangsa untuk Malaysia pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Perjalanan Soloz dalam e-sukan sebenarnya bermula lagi awal lagi apabila dia berjinak-jinak dengan Dota 2.

BACA: “Mestilah saya ingat Soloz, dia superstar sekarang”- xNova

Soloz juga pernah berada dalam satu pasukan dota 2 bersama pemain antarabangsa Yap Jian Wei (xNova). PSG.LGD

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!