Connect with us

PUBG Mobile

Orange Esports Hera juara PUBG Mobile Wanita

Published

on

PUTRAJAYA – Pasukan kompetitif PUBG Mobile tanah air, Orange Esports Hera muncul juara Kejohanan PUBG Mobile Wanita yang berlangsung di IOI City Mall, di sini semalam.

Orange Esports Hera yang terdiri daripada Nurul Syafiqah (PYKA), Nur Azlin (MEEN), Anis Safiyah (ANEES) Nur Farhana (CAT) dan  Amirah Balqis (KayKay) mengutip 60 mata pada Grand Final itu.

Pada pusingan pertama grand final, mereka meraih 10 mata dengan 8 mata bunuh, Chicken Dinner bagi pusingan kedua dengan 10 mata bunuh dan 12 mata pada pusingan ketiga.

Sementara itu, tempat kedua diraih pasukan Pasukan Powerpuff Girls (PPG) yang hanya ketinggalan tiga mata di belakang Orange Esports Hera.

Berikut adalah keputusan penuh bagi Grand Final PUBG Mobile Wanita 2019:

  1. Orange Esports Hera
  2. Powerpuff Girs (PPG)
  3. Axis Amunet
  4. Axis Limitless
  5. Angel Bosskurr
  6. Lanxii Rage Ladies
  7. NEXPLAY
  8. N.E.D Faita

Kejohanan Grand Final PUBG Mobile Wanita 2019 dibawakan Axis Esports dan Malaysia Esports Arena.

Click to comment

Cuba komen sikit

Play Like A Girl

Queen of Sanhok, Aniss kini jurulatih NED Faita

Published

on

Skuad wanita PUBG Mobile NED Esports, NED Faita. - Foto NED Esports

KUALA LUMPUR – Pemain kompetitif PUBG Mobile Nor Izwani Zanian (Aniss) kini menjadi jurulatih bagi skuad wanita NED Esports, iaitu NED Faita.

Aniss yang sebelum ini merupakan kapten pasukan itu turut dikenali sebagai Queen of Sanhok dalam kalangann komuniti e-sukan.

Menerusi bimbingannya, NED Faita baru-baru ini mempamerkan skil yang memberangsangkan menerusi satu acara Scrimmage Ladies anjuran Dingoz Esports.

Dalam tiga pusingan yang diadakan, NED Faita memperoleh 3 Chicken Dinner.

Mereka yang memperoleh 95 mata secara keseluruhan hampir mencatatkan rekod jarak 40 mata dengan pasukan yang berada di tempat kedua iaitu Orange Hera yang memperoleh 56 mata.

Barisan utama NED Faita terdiri daripada: 

  • Nurkhairina binti mohd sukor (Iris) 
  • Fatin Aqilah binti Shuhaimi (Qila)
  • Nurizzati Binti Ibrahim (Babyy)
  • Farah Wahidah Mohd Azmi (Farah)
  • Noor Balqis Shabira Taj Madira (Pixie)

NED Esports merupakan antara pasukan PUBG Mobile yang sedang meningkat naik di Malaysia.

Ikuti perkembangan terkini NED Esports di Facebook dan Instagram pasukan itu.

Continue Reading

PUBG Mobile

Juara dunia, Bigetron RA akan kembali beraksi hujung minggu ini

Published

on

Bigetron RA akan turut serta dalam Kelayakan Profesional Liga Dunia Games 2020 yang akan berlangsung di Indonesia. - Foto fail

JUARA kejohanan dunia PUBG Mobile Club Open Musim Luruh 2019, Bigetron Red Aliens (RA) akan kembali beraksi dalam arena kompetitif pada hujung minggu ini.

Perkara itu diumum organisasi e-sukan Bigetron Esports dalam satu kenyataan ini.

Bigetron Esports berkata skuad divisyen PUBG Mobile mereka itu akan turut serta dalam Kelayakan Profesional Liga Dunia Games 2020.

Kejohanan yang akan bermula pada 11 Januari nanti, boleh ditonton secara langsung di YouTube Dunia Games.

Pada Disember lalu Bigetron RA muncul sebagai juara keseluruhan Grand Final Global PMCO Musim Luruh 2019 dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM751,500 (AS$180,000) dan RM104,300 (AS$25,000) menerusi 5 Chicken Dinner.

Bigetron RA turut mengekalkan barisan pemain mereka yang terdiri daripada pasangan kembar,Made Bagas Pramudita (Zuxxy), Made Bagus Prabaswara (Luxxy) Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (MiCROBOY).

Pasukan Bigetron RA turut mendapatkan khidmat pemain profesional PUBG Mobile tanah air, Khairunnazri Masli (Boyka) sebagai jurulatih.

Continue Reading

PUBG Mobile

Bossned cari dua pemain PUBG yang berpengalaman

Published

on

Foto Instagram / @boss_nedd

KUALA LUMPUR – Pemilik pasukan e-sukan NED Esports, Nedim Sujak Nazri Aziz mengumumkan pihaknya sedang mencari dua pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) pada malam tadi.

“Saya perlukan 2 pemain PUBG yang mempunyai pengalaman dalam kejohanan offline dan mempunyai rekod statistik dalam permainan yang baik.

“Hubungi saya menerusi mesej (di Instagram),” kata Nedim.

NED Esports merupakan antara pasukan PUBG Mobile yang sedang meningkat naik di Malaysia.

Antara pencapaian NED Esports adalah apabila tiga skuad NED Esports iaitu  N.E.D; Brotherhood, Emryzz, Asasino berjaya melayakkan diri ke Grand Final Selangor Cyber Games 2019 Grand Finals.

Mereka turut melakukan latihan mingguan bersama-sama pasukan PUBG Mobile tempatan lain di Facebook.

Ikuti perkembangan terkini NED Esports di Facebook dan Instagram pasukan itu.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!