Connect with us

General

#EsportsBlueprint: Rangka tindakan e-sukan dijangka siap akhir April

Published

on

SYE SADDIQ: "Draf bagi rangka tindakan itu sudah ada tetapi akan dimaklumkan pada akhir bulan April ini." - Foto paparan skrin rtmparlimen.rtm.gov.my

Rangka tindakan (blueprint) pembangunan sukan elektronik (e-sukan) negara dijangka siap akhir bulan April kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata rancangan rangka tindakan e-sukan pertama negara itu sedang dilakukan pihak kementeriannya menerusi Majlis Sukan Negara (MSN).

“Rangka tindakan e-sukan negara pertama itu dilakukan bagi membolehkan program e-sukan diselaraskan secara berstruktur untuk pembangunan holistik di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Draf bagi rangka tindakan itu sudah ada tetapi akan dimaklumkan pada akhir bulan April ini,” katanya.

Jelasnya juga, pasukan petugas (task force) rangka tindakan itu diwakili penggiat e-sukan dan tokoh-tokoh industri e-sukan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati semalam di Parlimen yang meminta Syed Saddiq untuk menyatakan rancangan kementeriannya untuk menarik ramai belia menceburi bidang e-sukan agar selari memenuhi Industri Revolusi 4.0.

Dalam sesi yang sama, Syed Saddiq turut mengumumkan lima keutamaan strategik bagi rangka tindakan pembangunan e-sukan tersebut iaitu:

  • Ke arah kecemerlangan e-sukan;
  • Sokongan pertumbuhan industri e-sukan;
  • Akses kepada kemudahan e-sukan yang lebih baik untuk menarik pelabur;
  • Membentuk kesedaran awam dan mempromosikan gaya hidup bermain permainan video yang lebih bertanggungjawab;
  • Memupuk tadbir urus dan pentadbiran yang baik dalam industri e-sukan.

Beliau juga berkata ada banyak lagi inisiatif yang akan ditengahkan dalam tempoh terdekat bagi memastikan landskap e-sukan negara dapat berkembang rancak.

Click to comment

Cuba komen sikit

General

PMPL MY/SG : Pusingan ke-4 Sanhok mungkin perlu rematch

Published

on

KUALA LUMPUR – Pusingan keempat bagi perlawanan hari ke-16 Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) yang berlangsung di peta Sanhok mungkin perlu diadakan pusingan semula (rematch).

Perkara itu, diumumkan pengulas PMPL MY/SG, Azrul Anwar (J Hunter) seketika tadi.

Menurut J Hunter, pusingan semula itu perlu dilakukan berikutan atas sebab-sebab tertentu yang melibatkan masalah teknikal.

“Ada pasukan yang memaklumkan ada pepijat (bug) dalam permainan, tetapi pusingan tadi telah dimainkan sehingga habis. Setakat ini, masih belum ketahui apakah keputusan akhir (sama ada perlu rematch).

“Perkara ini (jika perlu rematch) sudah tentunya mengecewakan pasukan-pasukan lain terutama FV Unbeatable Gaming, Team Secret dan pasukan-pasukan yang berada dalam bulatan akhir Sanhok tadi.

“Tetapi perkara ini pasti akan mengecewakan lagi pasukan-pasukan yang mengejar 16 pasukan teratas,” kata J Hunter.

Pada pusingan tadi menyaksikan Team Secret meraih Chicken Dinner dan ia merupakan Chicken Dinner ke-11 bagi pasukan itu.

Berikut adalah kedudukan pasukan-pasukan PMPL MY/SG dalam pusingan Sanhok tadi:

WTM Today sedang menunggu keputusan muktamad dari pihak penganjur mengenai situasi ini.

Continue Reading

General

Chicken Dinner ke-10 Yoodo Gank!

Published

on

Winner Winner Chicken Dinner ke-10 untuk Yoodo Gank! - Foto PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pasukan popular PUBG Mobile tanah air, Yoodo Gank berjaya mengutip Chicken Dinner ke-10 dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) seketika tadi.

Yoodo Gank berjaya mendapatkan mata kemenangan itu dalam pusingan pertama hari ke-15 PMPL MY/SG yang bertempat di Sanhok.

Dalam pusingan yang berlangsung selama 30 minit itu, Yoodo Gank berjaya mendapat 9 mata bunuh dan mengutip 29 mata secara keseluruhan.

Menerusi kemenangan itu, Yoodo Gank kini berada di tempat pertama pada hari ini.

Bagi pusingan itu, pemain Yoodo Gank Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) turut berada di tempat ketiga carta kutipan mata bunuh terbanyak iaitu dengan 3 mata.

Sementara itu pemain Bigetron AROV, Rocky berada di tempat pertama dengan 5 mata bunuh. 

Setakat 2 April, Yoodo Gank sudah berjaya mengutip 4 Chicken Dinner di Sanhok dan Miramar dan 2 di Erangel.

TONTON IGTV : WINNER WINNER CHICKEN DINNER KE-15 YOODO GANK

Continue Reading

General

Hina polis, tentera boleh didenda sehingga RM50,000 – Peguam

Published

on

Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) menyebut kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

KUALA LUMPUR – Mana-mana individu di negara ini yang didapati bersalah menghina institusi polis atau tentera di media sosial atau laman sesawang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000.

Peguam jenayah Mohd Irwan Sumadi berkata individu yang didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 1 tahun, atau kedua-duanya sekali (denda maksimum RM50,000).

“Kesalahan yang dilakukan sama ada menerusi posting di media sosial, laman sesawang atau apa-apa yang berkaitan boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588).

“Jagalah mulut, jagalah jejari. Jangan kerana mulut dan jari, badan binasa.

“Hormatilah semua, terutama Anggota Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang menjaga keamanan negara kita,” katanya dihubungi What’s The Meta Today pada Rabu.

Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) menyebut kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

Dalam kurungan 1 (a), seksyen itu menjelaskan seseorang yang dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar –

(i)  membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan 
(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain;

Baca lanjut mengenai Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588)

Mohd Irwan merupakan seorang peguam jenayah di sebuah firma di Kuala Lumpur dan pernah mengendalikan kes jenayah seperti bunuh, dadah, culik serta kolar putih.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!