Connect with us

eFootball PES 2020

eFootball PES 2020: Malaysia layak ke playoff AESF e-Master, Chengdu

Published

on

Mohamad NorHaikal Mohamad Noh (Haikal) dan Mohamed Azha Abd Talib (Lohan) ketika sedang menunggu giliran perlawanan dalam Kejohanan AESF e-Master Kelayakan Serantau Asia di Bangkok, Thailand semalam. - Foto: Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM)

DUO pemain profesional e-sukan eFootball PES 2020 tanah air, Mohamad NorHaikal Mohamad Noh (Haikal) dan Mohamed Azha Abd Talib (Lohan) berjaya mara ke Pusingan Grand Final playoff AESF e-Master Chengdu, China 2020.

Haikal dan Lohan melayakkan diri ke kejohanan yang berlangsung pada Februari itu selepas melepasi peringkat kelayakan serantau Asia pada malam tadi.

“Alhamdulillah, kami layak ke China. Terima kasih kepada keluarga, rakan sepasukan dan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM).

“Sasaran kami memang mahu ke China. InsyaAllah, akan buat yang lagi baik apabila di sana untuk Malaysia. 

“Selamanya Malaysia,” kata Haikal selepas kemenangan Malaysia menetang India pada pusingan akhir kelayakan semalam.

Kejohanan AESF e-Masters PES 2020 Offline Regional Playoffs di Bangkok berlangsung selama dua hari dan menawarkan tiga slot untuk ke AESF e-Masters 2020 di Chengdu, China pada Februari.

Di peringkat kumpulan B, wakil atlet e-sukan Malaysia beraksi dengan baik dengan keputusan perlawanan:

  • Malaysia 2 – Myanmar 0
  • Malaysia 0 – Indonesia 2
  • Malaysia 2 – Kemboja 1
Click to comment

Cuba komen sikit

eFootball PES 2020

eFootball PES 2020: Haikal mara ke semi final AESF e-Master kelayakan Asia Tenggara

Published

on

Foto: Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM)

PEMAIN profesional e-sukan eFootball PES 2020 Mohamad NorHaikal Mohamad Noh (Haikal) layak ke semi final kejohanan AESF e-Master Chengdu 2020 peringkat kelayakan Asia Tenggara di Bangkok, Thailand seketika tadi.

Menurut Pesatuan Sukan Elektronik (ESM), Haikal layak ke pusingan semi final itu selepas meraih kedudukan dua teratas pada pusingan peringkat kumpulan B.

Di peringkat kumpulan B, berikut adalah keputusan perlawanan:

  • Malaysia 2 – Myanmar 0
  • Malaysia 0 – Indonesia 2
  • Malaysia 2 – Kemboja 1

Pada semi final nanti Haikal akan bertembung dengan Vietnam dan pemenang pusingan ini akan ke Grand Final yang akan berlangsung di Chengdu, China.

Haikal bukan satu nama asing dalam arena kompetitif e-sukan PES 2020 dan namanya terus meningkat naik apabila terpilih untuk menjadi salah satu duo e-sukan negara ke Sukan Asia pada 2018.

Dalam temasya sukan antarabangsa yang berprestij itu, Haikal berjaya memperoleh tempat ke-empat.

Selepas selesai kejohanan tersebut, mereka dipelawa untuk menyertai Port FC, iaitu sebuah kelab e-sukan di Thailand.

Haikal turut berpeluang menyertai kejohanan E-Liga Toyota di Thailand yang sebelum ini dikenali sebagai E-Liga Pro Thailand pada tahun lalu.

Continue Reading

eFootball PES 2020

eFootball PES 2020: Pendaftaran sudah tutup ketika berhubung dengan IESF – ESM

Published

on

Timbalan Presiden ESM Afiq Fadhli Narawi berkata pihak mereka telah berusaha sehabis baik untuk menguruskan penghantaran perwakian itu namun tempoh proses persiapan tidak mengizinkan. - Foto fail

KUALA LUMPUR – Pesatuan Sukan Elektronik (ESM) telah berusaha untuk menghantar wakil e-sukan eFootball PES 2020 ke Kejohanan Dunia E-Sukan IESF ke-11 2019 di Seoul, Korea Selatan.

Timbalan Presiden ESM, Afiq Fadhli Narawi berkata pihaknya telah berhubung dengan wakil WEPES, Shaharil Shaifuddin Shaharuddin untuk membuat pemilihan ke kejohanan IESF itu.

Walaubagaimana pun, Afiq berkata, sewaktu berhubung dengan pihak IESF, pendaftaran pemain telah pun ditutup.

“Saya ada berhubung dengan WEPES untuk melakukan pemilihan pemain dan saya memang ada bangkitkan usul ini namun proses untuk melakukan pemilihan dan permohonan dana sangat terhad.

“Sewaktu kita berhubung dengan pihak IESF, pendaftaran telah pun ditutup.

“Ini berikutan komitmen kami untuk melakukan persiapan atlet ke Sukan SEA, bootcamp dan persediaan terakhir pelan strategik (blueprint) e-sukan,” kata Afiq ketika dihubungi What’s The Meta.

Afiq berkata pihak mereka telah berusaha sehabis baik untuk menguruskan penghantaran perwakian itu namun tempoh proses persiapan tidak mengizinkan.

“Ada yang akan bercakap kita ada hantar pemain ke Sukan Asia tahun lepas dan kita juga mampu hantar pemain ke IESF tapi kita telah beri tumpuan kepada Sukan SEA.

“Persiapan ke Sukan SEA memang memakan masa dan melibatkan ramai atlet,”tambahnya.

Sebelum ini pemain profesional eFootball PES 2020, Mohamad NorHaikal Mohamad Noh meluahkan kekecewaan meluahkan kekecewaan apabila tiada wakil Malaysia dihantar kejohanan itu.

“Membazir sahaja peluang untuk mempertengahkan bakat-bakat PES dari Malaysia,”katanya.

Selain eFootball PES 2020, Dota 2 dan Tekken 7 turut dipertandingkan dalam Kejohanan Dunia E-Sukan IESF ke-11 2019 di Seoul, Korea Selatan.

Kejohanan yang melibatkan 47 negara itu bermula pada 11 Disember sehingga 15 Disember.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!