Connect with us

PUBG

PMNC : VIP, AROV, Team Secret, Jr Talent layak ke PMCO 2019

Published

on

Kejohanan itu menyaksikan VIP muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000. - Foto What's The Meta / Mariah Ahmad

KUALA LUMPUR – Pasukan-pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds Mudah Alih (PUBG Mobile) Victorious In Play (VIP) Squad, AROV, Junior Talent dan Team Secret layak ke PMCO Asia Tenggara Fall Split 2019 selepas berjaya menduduki empat pasukan teratas dalam Kejohanan PUBG Mobile Malaysia.

Mereka bakal menyertai Yoodo.Gank ke kejohanan Asia Tenggara itu yang dijangka akan berlangsung pada September nanti.

Kejohanan itu menyaksikan VIP muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 daripada jumlah wang terkumpul yang ditawarkan, iaitu RM114,000.

Bagi kedudukan tempat kedua pula diisi oleh AROV yang terdiri daripada 3 pemain baharu. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.

Junior Talent yang mempertaruhkan Azfar sebagai pengganti Miss Far pula berjaya berada di tempat ketiga dan wang tunai sebanyak RM15,000 menjadi habuan mereka.

Bagi Team Secret pula, mereka selamat berada di kedudukan keempat dan membawa hadiah wang tunai RM8,000.

Sementara itu pemain VIP, Jumper, terpilih sebagai pemain terbaik.

Grand Final PMNC 2019 yang berlangsung di Quill City Mall itu, menyaksikan 16 pasukan terbaik PUBG Mobile beraksi untuk merangkul kejuaraan kejohanan itu.

Click to comment

Cuba komen sikit

PUBG Mobile

PMPL MYSG: Top 5 Killer Peringkat Liga

Published

on

5 Pemain Terbaik bagi Kategori Mata Bunuh Paling Banyak.

KUALA LUMPUR – Musim Liga Profesonal PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) telah berlangsung selama tiga minggu dan menyaksikan pemain Team Secret, Muhammad Dhiya Ulhad (uHigh) dipilih sebagai pemain Terbaik.

Sepanjang tiga minggu PMPL MYSG berlangsung, uHigh mengutip 162 mata bunuh dan 33,382 mata musnah.

Uhigh mengutip lebih 39 mata berbanding penyandang tempat kedua, iatu pemain NED Brotherhood Muhammad Abdul Samad (SamZie) dengan 123 kills.

Berikut adalah senarai 5 Pemain Terbaik bagi Kategori Mata Bunuh Paling Banyak:

  1. Muhammad Dhiya Ulhad – uHigh (Team Secret) – 162 kills
  2. Muhammad Abdul Samad – SamZie (NED Brotherhood) – 123 kills
  3. Aqil Yusli  – Six (Bapak Ah Esports) – 118 kills
  4. Mohd Irzam Aman Mohd Zaini – damRude (Geek Fam) – 116 kills
  5. Muhamad Izzrudin Hashim – Jumper (Yoodo Gank) – 115 kills

Sementara itu, ini adalah 5 Pemain Terbaik bagi Kategori Tembakan Di Kepala (Headshots) Paling Banyak: 

  1. Muhammad Dhiya Ulhad – uHigh (Team Secret) – 31 kills
  2. Ahmad Aiman –  EChong (Last Survior R2K) – 29 kills
  3. Aekachai Areesanan – Madtoi (Team Secret) – 28 kills
  4. Mohd Irzam Aman Mohd Zaini – damRude (Geek Fam) – 26 kills
  5. Thanuk a/l Pri Cha – Nukk (Dingoz MZ) – 26 kills

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Kejohanan itu akan kembali pada 13,14 dan 15 April pada peringkat Grand Final. 

Sebanyak 16 pasukan telah layak ke Grand Final iaitu Bapak Ah Esports, Yoodo Gank, Team Secret MY NED Brotherhood, Bigetron MY, Geek Fam, Last Survivor R2K, Resurgence MY, Dingoz Esports, Xpert MY, Team No Recoil TARA Proyecto X, ESG Gaming, Axis MPX, EVOS VIP dan FV Unbeatable Gaming.

Juara bagi Grand Final PMPL MY/SG bakal mendapat peluang untuk beraksi di Liga Dunia menerusi Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas Grand Final PMPL itu akan diberikan slot untuk bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Continue Reading

PUBG Mobile

PMPL MYSG: uHigh killer terbaik liga, kutip 162 mata bunuh, 31 headshots

Published

on

Pemain berusia 16 tahun itu turut diumumkan sebagai pemain terbaik pada minggu ini dengan catatan 50 mata bunuh.

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Team Secret MY, Muhammad Dhiya Ulhad (uHigh) dipilih sebagai Pemain Terbaik peringkat musim Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) dengan rekod 91.6 mata pencapaian.

Sepanjang tiga minggu PMPL MYSG berlangsung, uHigh mengutip 162 mata bunuh dan 33,382 mata musnah.

Selain itu, uHigh turut mencatat rekod tembakan kepala (headshots) paling banyak iaitu 31 mata.

Pemain berusia 16 tahun itu turut diumumkan sebagai pemain terbaik pada minggu ini dengan catatan 50 mata bunuh.

uHigh dan Team Secret layak ke Grand Final PMPL MY/SG selepas menduduki tempat ketiga di peringkat musim liga.

Team Secret yang mengumpul 1028 mata selepas melalui 72 pusingan turut membawa pulang RM39,000 (AS$9,000).

Pada peringkat liga, mereka turut berjaya mengutip 12 Chicken Dinner.

PMPL MY/SG peringkat liga telah berlangsung selama tiga minggu dan menyaksikan 16 pasukan teratas layak ke Grand Final yang akan berlangsung pada 13 sehingga 15 April nanti.

Pasukan tersebut adalah Bapak Ah Esports, Yoodo Gank, Team Secret MY NED Brotherhood, Bigetron MY, Geek Fam, Last Survivor R2K, Resurgence MY, Dingoz Esports, Xpert MY, Team No Recoil TARA Proyecto X, ESG Gaming, Axis MPX, EVOS VIP dan FV Unbeatable Gaming.

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi Grand Final PMPL MY/SG bakal mendapat peluang untuk beraksi di Liga Dunia menerusi Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas Grand Final PMPL itu akan diberikan slot untuk bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Continue Reading

PUBG Mobile

PMPL MYSG: Ranking penuh dan agihan wang terkumpul RM285,000

Published

on

KUALA LUMPUR – Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) telah berlangsung selama tingga minggu dan menyaksikan Bapak Ah Esports mengungguli tempat pertama dengan 1030 mata.

Selepas 108 pusingan berlangsung, hanya 16 pasukan sahaja yang layak ke Grand Final yang akan diadakan pada 13 sehingga 15 April nanti.

Bagaimanapun, 24 pasukan Malaysia dan Singapura yang telah bersaing tidak pulang dengan tangan kosong memandangkan hadiah wang tunai sebanyak RM285,000 (AS$65,600) telah disediakan di peringkat liga.

Berikut adalah ranking penuh peringkat musim liga PMPL MY/SG berserta anggaran wang tunai yang dimenangi:

  1. Bapak Ah Esports – RM65,000 (AS$15,000)
  2. Yoodo Gank – RM52,000 (AS$12,000)
  3. Team Secret MY  -RM39,000 (AS$9,000)
  4. NED Brotherhood RM30,000(AS7,000)
  5. Bigetron MY RM17,000(AS$4,000)
  6. Geek Fam RM13,000 (AS$3,000)
  7. Last Survivor R2KRM8,000(AS$2,000)
  8. Resurgence MY  RM6,500(AS$1,500)
  9. Dingoz Esports RM4,300(AS$1,000)
  10. Xpert MY RM4,300(AS$1,000)
  11. Team No Recoil RM4,300(AS$1,000)
  12. TARA Proyecto X RM4,300(AS$1,000)
  13. ESG Gaming  RM4,300(AS$1,000)
  14. Axis MPX  RM4,300(AS$1,000)
  15. EVOS VIP RM4,300(AS$1,000)
  16. FV Unbeatable Gaming RM4,300(AS$1,000)
  17. Tone Wow Esports  RM2,000(AS$500)
  18. Team Bosskurr RM2,000(AS$500)
  19. MRE Syndicate  RM2,000(AS$500)
  20. Steel Heart Esports RM2,000(AS$500)
  21. Impunity SG RM2,000(AS$500)
  22. Traitor Esport RM2,000(AS$500)
  23. DivinityEsports  RM2,000((AS$500)
  24. Team H20 RM2,000(AS$500)
Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!