Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Fredo tak ‘blur’, banyak idea – Jumper

Published

on

Jumper (kanan) pernah bermain bersama Fredo dalam Kejohanan Penang Esports Festival pada tahun lalu. - Foto What's The Meta

KUALA LUMPUR – Perwatakan dan kekuatan skil individu.

Itu antara sebab mengapa Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) mengajak rakan sepasukannya, Ahmad Fuad Razali (Fredo) untuk menyertai pasukan PUBG Mobile Yoodo Gank.

Jumper berkata Fredo juga merupakan seorang pemain yang cepat menyesuaikan diri dalam permainan.

“Pada mulanya, kapten Yoodo Gank Man Parang mahu saya mencari pemain.

“Saya cakap, saya nak Fredo sebab pernah bermain kejohanan-kejohanan kecil bersamanya.

“Fredo mempunyai skil individu yang kukuh dan dia tak blur (cepat tangkap). Dia mempunyai banyak idea apabila dalam permainan,” kata Jumper dalam satu video temu bual PUBG Mobile sempena Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Setakat 15 Mac, Yoodo Gank kini berada di tangga ketiga dalam ranking keseluruhan PMPL MY/SG dengan 646 mata.

Yoodo Gank juga berjaya mengutip 8 Chicken Dinner dalam tempoh dua minggu PMPL berlangsung.

BACA: “Kami jatuh pun anda tetap memberi sokongan, terima kasih” – Man Parang

Sementara itu bagi Man Parang yang juga bertindak sebagai kapten pasukan berkata walaupun pada mulanya dia musykil dengan cadangan Jumper, dia tidak menafikan Fredo mempunyai corak permainan yang tersendiri.

“Saya tidak yakin apabila Jumper kata dia mahu Fredo. Namun selepas melalui ujian kelayakan, baru nampak Fredo mempunyai skil dan memang boleh menghadapi tekanan dalam permainan.

“Walaupun Fredo tidak mempunyai pengalaman di PMCO (kejohanan antarabangsa PUBG Mobile) tetapi dia mempunyai banyak perkara yang boleh dipelajari.

“Fredo mempunyai skil dan corak permainan tersendiri. Saya yakin dia boleh beraksi dengan baik dalam PMPL,” kata Man Parang dalam video temu bual yang sama.

BACA: Yoodo Gank menang SEA Country Showmatch

Selain itu, Man Parang juga berkata Fredo mempunyai personaliti kelakar yang mampu menceriakan keadaan jika pasukannya dalam keadaan tertekan.

“Kalau kami terlalu stres, dia akan santaikan (menceriakan) balik keadaan,” katanya.

Baru-baru ini, Yoodo Gank bersama tiga lagi pasukan teratas PMPL MY/SG, BAPAK AH Esports, Team Secret MY dan NED Brotherhood beraksi dalam satu Perlawanan Pertunjukan PMPL Asia Tenggara.

Menerusi perlawanan yang melibatkan empat negara rantau ini, Yoodo Gank muncul sebagai juara.

TONTON VIDEO WINNER WINNER CHICKEN DINNER YOODO GANK DALAM SEA COUNTRY SHOWMATCH

Click to comment

Cuba komen sikit

PUBG Mobile

PMPL MY/SG: Ranking terkini 3 April

Published

on

Team Secret hari ini mengutip 3 Chicken Dinner, sekali gus mencatat markah 130 mata secara keseluruhan pada hari ini. - Foto Team Secret.

KUALA LUMPUR – Perlawanan kumpulan A dan B Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) hari ini menyaksikan Team Secret MY kembali mendominasi carta.

Team Secret hari ini mengutip 3 Chicken Dinner dan mencatat markah 130 mata secara keseluruhan pada hari ini.

Menerusi kemenangan itu, Team Secret telah mengutip 12 Chicken Dinner dan sekali gus memotong Bapak Ah Esports di ranking pertama.

Perbezaan kedua-dua pasukan itu setakat ini adalah sebanyak 13 mata.

Sementara itu, EVOS VIP kini berada dalam keadaan genting apabila mereka berada di rangkin ke-14 hari ini dengan 523 mata.

Sejak minggu ketiga bermula secara talian, banyak pasukan yang berada di tangga 16 ke bawah memburu dan meraih Chicken Dinner yang akhirnya memperbaiki kedudukan mereka di dalam ranking PMPL MY/SG ketika ini.

Berikut adalah ranking terkini secara keseluruhan, setakat 3 April 9.30 malam

  1. Team Secret MY – 939 mata
  2. Bapak Ah Esports – 926 mata
  3. NED Brotherhood – 836 mata
  4. Yoodo Gank – 821 mata
  5. Bigetron MY – 742 mata
  6. Dingoz Esports – 690 mata
  7. Geek Fam – 672 mata
  8. Resurgence MY – 670 mata
  9. Last Survivor R2K – 626 mata
  10. TARA Proyecto X – 617 mata
  11. Team No Recoil – 609 mata
  12. Xpert MY – 584 mata
  13. Axis MPX – 541 mata
  14. EVOS VIP – 523 mata
  15. ESG Gaming – 519 mata
  16. FV Unbeatable Gaming – 519 mata
  17. Tone Wow Esports – 483 mata
  18. Team Bosskurr – 436 mata
  19. MRE Syndicate – 365 mata
  20. Steel Heart Esports – 331 mata
  21. Impunity SG – 314 mata
  22. DivinityEsports – 273 mata
  23. Traitor Esport – 271 mata
  24. Team H20 – 228 mata

Peringatan: Hanya kumpulan A & B sudah melalui 11 perlawanan manakala kumpulan C hanya melalui 10 perlawanan setakat hari ini.

Berikut adalah pembahagian 24 pasukan kepada 3 kumpulan :

Kumpulan A:

Bigetron Malaysia, Team Secret MY, Traitor Esports, DivinityEsport, TARA Proyecto X, Tone WoW Esport, Miss Rose Esports Syndicate, NED Brotherhood

Kumpulan B:

Bapak Ah Esports, FV Unbeatablle, Impunity Kage, Team H20, Resurgence, Dingoz, AXIS MPX, Team NoRecoil

Kumpulan C:

Geek Fam, EVOS VIP, Yoodo GANK, Steel Heart Esport, Team Bosskurr, Last Survivor R2K, ESG Gaming, XPERT MY Esport

Berbaki lagi dua hari perlawanan di peringkat liga, saingan sengit dijangka akan terus berlaku terutama bagi pasukan-pasukan yang mengejar kedudukan tangga ke-16.

Hanya 16 pasukan teratas layak ke Grand Final PMPL MY/SG.

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL MY/SG bakal mendapat peluang untuk beraksi di Liga Dunia menerusi Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas Grand Final PMPL itu akan diberikan slot untuk bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Continue Reading

PUBG Mobile

Blackout bukan alasan – Pengurus Resurgence

Published

on

AARON: Kami menyerahkan keputusan untuk melakukan perlawanan kepada pihak berkenaan dan Resurgence akan akur sahaja. - Foto Facebook / Aaron Chan

KUALA LUMPUR – Bekalan elektrik terputus bukan sebab pasukan Resurgence MY meminta perlawanan semula dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) kata pengurusnya, Aaron Chan.

Aaron berkata permintaan untuk perlawanan semula itu adalah disebabkan masalah pepijat (bug).

“Bekalan elektrik terputus bukan alasannya dan ia berlaku selepas pepijat muncul. Masalah pepijat berlaku selepas salah seorang pemain kami mati.

“Bekalan elektrik terputus juga berlaku sebelum pusingan Erangel bermula dan setiap pemain menggunakan data di telefon untuk pusingan kelima.

“Kami menyerahkan keputusan itu kepada pihak berkenaan dan Resurgence akan akur sahaja,” kata Aaron dalam satu kenyataan hari ini.

Pusingan keempat PMPL MY/SG hari ini yang berlangsung di Sanhok mencetuskan sedikit kontroversi apabila ia dikatakan perlu dimainkan semula sejurus tamat perlawanan.

Pada pusingan itu menyaksikan Team Secret meraih Chicken Dinner.

Setakat ini, pihak penganjur masih belum memberi keputusan muktamad sama ada pusingan itu perlu diadakan semula atau tidak.

Sementara itu, Aaron berharap agar orang ramai tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung isu ini.

“Saya berharap anda tidak membuat spekulasi sebarangan dan jangan menyalahkan mana-mana pihak dalam isu ini,” kata Aaron.

Continue Reading

PUBG Mobile

PMPL MY/SG: Rematch masih dalam perbincangan – Penganjur

Published

on

Sama ada rematch atau tidak, perkara itu masih dalam siasatan penganjur. - Foto fail

KUALA LUMPUR – Perlawanan semula (rematch) bagi pusingan keempat hari ke-16 Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) yang berlangsung di peta Sanhok masih dalam peringkat perbincangan kata penganjur.

Pengurus Projek PMPL MY/SG Scott Ng berkata berkata keputusan untuk memuktamadkan sama ada perlu diadakan perlawanan semula atau tidak bukan satu perkara mudah.

“Kami mengambil serius mengenai perkara ini dan sedang melakukan siasatan,” katanya kepada What’s The Meta Today.

Sebelum ini, pusingan keempat itu mungkin perlu dimainkan semula berikutan masalah teknikal, kata pengulas PMPL MY/SG, Azrul Anwar (J Hunter).

“Ada pasukan yang memaklumkan ada pepijat (bug) dalam permainan, tetapi pusingan tadi telah dimainkan sehingga habis. 

“Setakat ini, masih belum ketahui apakah keputusan akhir (sama ada perlu rematch),” katanya dalam satu siaran langsung PMPL/MYSG pada petang tadi.

Pada pusingan tadi menyaksikan Team Secret meraih Chicken Dinner dan ia merupakan Chicken Dinner ke-11 bagi pasukan itu.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!