Connect with us

Mobile Legends

MPL: Hanya 2 slot pasukan Malaysia diberikan bagi sesi kelayakan

Published

on

Pusingan kelayakan Malaysia akan bermula dari 7 hingga 9 Februari 2020, manakala pusingan kelayakan Singapura akan berlangsung dari 15 hingga 16 Februari 2020.

KUALA LUMPUR – Hanya 2 slot bagi pasukan Malaysia dan 1 slot Singapura diberikan bagi mana-mana pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) yang layak melepasi pusingan kelayakan Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, penganjur berkata terdapat dua pusingan kelayakan berasingan iaitu satu untuk Malaysia dan Singapura.

Pusingan kelayakan Malaysia akan bermula dari 7 hingga 9 Februari 2020, manakala pusingan kelayakan Singapura akan berlangsung dari 15 hingga 16 Februari 2020. 

Pendaftaran untuk peringkat kelayakan kejohanan ini bermula 20 Januari hingga 2 Februari 2020. 

Borang pendaftaran rasmi akan tersedia bermula 20 Januari 2020 di halaman Facebook rasmi MLBB.

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini. 

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung playoffs di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai  kira-kira RM410,000. 

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 dibawakan oleh Moonton dan dianjurkan oleh eGG Network.  

Sementara itu, penganjur  turut mengumukan sebanyak 7 pasukan akan menerima jemputan terus dalam liga musim kelima iaitu:

  • EVOS Esports SG
  • Todak
  • Resurgence
  • Axis Esports
  • Geek Fam
  • Shopee Bosskurr
  • Notorious Villains (NV Bosskurr)

MPL kali ini akan menggunakan sistem mata pembezaan yang diperkenalkan dalam Musim 4.

Pasukan akan disenaraikan berdasarkan jumlah pertandingan Terbaik dalam Tiga (Best of 3) yang dimenangi.

Sekiranya keputusan adalah seri, perbezaan mata menang dan kalah (bilangan permainan yang dimenangi tolak bilangan permainan yang kalah) akan dipertimbangkan terlebih dahulu.

Semakin tinggi bilangan pembezaan, semakin tinggi pasukan akan ditempatkan dalam carta kedudukan.

Lapan pasukan teratas dari Musim Liga akan bersaing dalam Musim 5 Playoffs, yang akan berlangsung pada 18 dan 19 April 2020.

Click to comment

Cuba komen sikit

Mobile Legends

MPL: Saya mahu Bosskurr buat comeback – Hangus

Published

on

Hangus mahu berikan yang terbaik untuk Team Bosskurr. - Foto Fial

KUALA LUMPUR – Jurulatih Team Bosskurr,  Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Hangus) mengharapkan agar peranannya dapat membantu meningkatkan mutu persembahan dan prestasi pasukan itu dalam arena e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends).

Hangus yang mula bermula berkhidmat sebagai jurulatih dengan Team Bosskurr pada Rabu lalu berkata dia akan memberi tumpuan dalam memastikan anak-anaknya mendapat latihan yang cukup.

“Sekarang ini, saya mahu memastikan mereka dapat latihan yang cukup kerana masing-masing sudah mempunyai skil, tapi perlu diasah.

“Saya akan buat yang terbaik untuk Team Bosskurr terutama membantu dari segi corak permainan mereka.

“Saya memang minat dengan skil mereka cuma perlu lebih banyak kepelbagaian strategi,” kata Hangus.

BACA: Hangus kini jurulatih Bosskurr Gaming

Hangus memulakan kariernya dalam arena kompetitif pada 2017 dan terpilih untuk mewakili Malaysia untuk Piala Asia Tenggara bersama Fredo, HawkEye, Kuja, Rush dan Jepv menerusi Team Saiyan.

Pada tahun berikutnya, Hangus dan Kuja menyertai Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Pertama dengan pasukan Mystic Burden.

Bagi musim kedua, Hangus kembali bersama pasukan Traitor namun tidak melepasi ke pusingan playoff Grand Final.

Pada musim keempat, Hangus muncul sebagai satu peranan yang baru bertindak sebagai jurulatih bagi pasukan TODAK dan berjaya meraih tempat kedua pada musim itu.

Kini, dengan harapan yang baru Hangus dilihat mampu mengembalikan semangat Saiyan dalam pasukan Bosskurr untuk mempamerkan prestasi yang luar biasa bersama Jepv, Rush, Logan serta pemain-pemain yang bakal beri nafas baharu, Leixia dan Syno.

Continue Reading

Mobile Legends

MPL: TODAK kekalkan barisan pemain, Manity ganti Hangus

Published

on

Barisan pemain TODAK dikekalkan.

KUALA LUMPUR – Penyandang tempat ketiga Kejohanan Dunia Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends), M1, Todak mengekalkan kesemua pemainnya yang bakal menyertai Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, penganjur turut mengumumkan posisi Muhamamad Rifhan Mohd Rizal (Hangus) sebagai jurulatih TODAK sebelum ini bakal digantikan dengan Nik Hafif Aiman Nik Hazlan (Manity).

BACA: Hangus kini jurulatih Bosskurr Gaming

Berikut adalah senarai pemain TODAK yang bakal bersaing dalam MPL Musim Kelima nanti:

  • Ciku
  • Eone
  • Lychee
  • Moon
  • Nenas
  • Xray

TODAK dilihat sebagai pasukan nombor satu Malaysia ketika ini apabila mengekalkan rekod dan prestasi yang baik sepanjang penubuhannya pada Mac 2019.

Pada MPL Musim Keempat, TODAK bermula diperingkat pusingan kelayakan dan mengungguli di peringkt Musim Liga.

Mereka juga berjaya mara ke playoff dan Grand Final meski tewas dalam satu pertarungan epik kepada EVOS SG.

TODAK turut layak ke kejohanan dunia selepas MPL Musim Keempat tamat. Mereka beraksi baik di peringkat kumpulan C dan berjaya meraih tempat ketiga terbaik dunia.

Kini, TODAK merupakan antara 5 pasukan Malaysia dan Singapura yang layak menerima jemputan terus ke MPL Musim kelima nanti.

Sementara itu, difahamkan pemain kompetitif dari Singapura, Ariff Iswandi dilihat bakal membantu TODAK dari segi peranan sebagai penganalisis.

 

Continue Reading

Mobile Legends

MPL: Barisan pemain Team Bosskur, Team Axis

Published

on

KUALA LUMPUR – Pengurus bagi organisasi e-sukan popular tanah air, Shopee Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddyhood) hari ini mengumumkan barisan pemain utama bagi pasukan Team Bosskurr dan Team Axis yang akan menyertai Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima.

Dalam satu pengumuman hari ini, Daddyhood mendedahkan pemain-pemain tersebut adalah: 

Team Bosskurr

  • Rush
  • Logan
  • Zaraki
  • Syno
  • 2ez4jepz
  • Leixia
  • Jurulatih : Hangus

Team Axis

  • Lacid 
  • Loong
  • Rynn
  • Evilx
  • Kaizer
  • Meepo
  • Pengurus: Laphel

Menerusi barisan pemain Bosskurr ini, penganjur MPL, Moonton dan eGG Network turut mengumukan Soloz, Penjahat, Gripex tidak akan bermain untuk Team Bosskur pada musim ini.

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!