Connect with us

Mobile Legends

MPL: TODAK kekalkan barisan pemain, Manity ganti Hangus

Published

on

Barisan pemain TODAK dikekalkan.

KUALA LUMPUR – Penyandang tempat ketiga Kejohanan Dunia Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends), M1, Todak mengekalkan kesemua pemainnya yang bakal menyertai Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, penganjur turut mengumumkan posisi Muhamamad Rifhan Mohd Rizal (Hangus) sebagai jurulatih TODAK sebelum ini bakal digantikan dengan Nik Hafif Aiman Nik Hazlan (Manity).

BACA: Hangus kini jurulatih Bosskurr Gaming

Berikut adalah senarai pemain TODAK yang bakal bersaing dalam MPL Musim Kelima nanti:

  • Ciku
  • Eone
  • Lychee
  • Moon
  • Nenas
  • Xray

TODAK dilihat sebagai pasukan nombor satu Malaysia ketika ini apabila mengekalkan rekod dan prestasi yang baik sepanjang penubuhannya pada Mac 2019.

Pada MPL Musim Keempat, TODAK bermula diperingkat pusingan kelayakan dan mengungguli di peringkt Musim Liga.

Mereka juga berjaya mara ke playoff dan Grand Final meski tewas dalam satu pertarungan epik kepada EVOS SG.

TODAK turut layak ke kejohanan dunia selepas MPL Musim Keempat tamat. Mereka beraksi baik di peringkat kumpulan C dan berjaya meraih tempat ketiga terbaik dunia.

Kini, TODAK merupakan antara 5 pasukan Malaysia dan Singapura yang layak menerima jemputan terus ke MPL Musim kelima nanti.

Sementara itu, difahamkan pemain kompetitif dari Singapura, Ariff Iswandi dilihat bakal membantu TODAK dari segi peranan sebagai penganalisis.

 

Click to comment

Cuba komen sikit

Mobile Legends

Soloz nafi ada akaun twitter, mohon lapor akaun palsu

Published

on

Soloz nafi ada akaun twitter. - Foto fail WTM Today

KUALA LUMPUR – Penghibur penstriman langsung Facebook Gaming nombor 1 Malaysia, Faris Zakaria (Soloz) menafikan dia mempunyai akaun Twitter.

Soloz yang merupakan salah seorang pengasas organisasi e-sukan popular tanah air, Team Bosskurr, menegaskan akaun Twitter @_solozsoloz bukan miliknya.

“Saya tiada akaun Twitter lagi. Akaun @_solozsolot adalah palsu,” kata Soloz kepada What’s The Meta Today (WTM Today).

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, akaun @_solozsoloz tersebut baru dibuka pada bulan ini.

BACA: Kena pandai bersyukur dan sentiasa rendah diri – Daddyhood

Berikutan itu, Soloz dalam satu catatan media sosialnya juga menggesa orang ramai untuk melaporkan akaun palsu itu.

Setakat ini Soloz hanya mempunyai dua akaun media sosial rasmi iaitu di Facebook Page Soloz yang mempunyai lebih 879,000 pengikut dan Instagram Soloz yang mempunyai lebih 263,000 pengikut.

Soloz merupakan antara pemain e-sukan tanah air yang sedang meningkat naik sehingga mendapat gelaran ‘Maharaja Soloz’ dalam kalangan peminatnya.

Antara pencapaian Soloz dalam dunia penstriman langsung termasuk Anugerah Pencipta Kandungan Facebook yang Paling Banyak Menerima Jumlah Tontonan di Malaysia yang pernah dimenanginya pada Julai 2019.

Continue Reading

Mobile Legends

MPL: Fenrir teruja beraksi bersama RRQ, tidak lupa keluarga Bosskurr

Published

on

Fenrir (atas dua dari kanan) bersama pasukan RRQ Sena - Foto YouTube / TeamRRQ

PEMAIN profesional Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends), Nashrudin Kamsani (Fenrir) teruja apabila diberi peluang untuk menyertai pasukan yang beliau menyifatkan sebagai Raja Mobile Legends, RRQ.

Fenrir yang bakal menyertai liga semi profesional Mobile Legends (MDL) Indonesia menerusi skuad RRQ Sena berkata penyertaannya dalam pasukan nombor dua dunia itu sebagai satu tanggungjawab besar.

“Liga Indonesia merupakan satu platform yang besar dalam sejarah Mobile Legends.

“Namun, tidak pernah terdetik bagi saya untuk menyertai RRQ. Sememangnya saya rasa teruja namun sedikit berasa tekanan berikutan harapan yang diberikan kepada saya untuk bermain dengan baik.

“Selepas bermain untuk beberapa musim di Liga MPL Malaysia dan Singapura dan kini kembali di Indonesia memang satu risiko yang besar namun saya menyifatkan belum lagi masanya untuk saya bersara,” kata Fenrir kepada What’s The Meta Today.

Fenrir berkata perjalanannya dalam arena kompetitif belum tamat kerana dia mahu membuktikan sesuatu kepada dirinya dan berhasrat untuk membawa pulang trofi kemenangan MPL sebelum bersara.

MDL Indonesia merupakan kemunculan kedua Fenrir di negara itu. Dia sebelum ini pernah bermain untuk ONIC Esports pada MPL untuk musim kedua bersama pemain Malaysia, Lu Khai Bean (Sasa) dan pemain Singapura James Chen.

Fenrir kemudiannya bermain untuk pasukan Singapura Nara Esports pada musim ketiga MPL Malaysia dan Singapura dan Notorious Villians (Boss NV) pada musim keempat.

Fenrir berkata meski dia kini berada di Indonesia, dia tidak akan melupakan ‘keluarganya’ di Malaysia iaitu Bosskurr.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka di MPL. Gabungan generasi lama dan baru akan memberi kemenangan buat mereka.

“InsyaAllah semuanya akan baik sahaja untuk mereka dan seharapnya kombinasi pemain-pemain tersebut mampu menjadikan mereka sebagai Raja Mobile Legends Malaysia.

“Satu hari nanti saya akan pulang semula,”kata Fenrir.

Fenrir merupakan antara nama besar dalam arena kompetitif Mobile Legends Malaysia dan Singapura.

Antara pencapaian Fenrir termasuk meraih tempat ketiga pada musim kedua MPL Indonesia bersama ONIC Esports dan kedudukan enam teratas bersama Nara Esports dan NV Bosskurr pada musim kelima dan keempat MPL Malaysia dan Singapura.

Continue Reading

Mobile Legends

BOSSKURR CUP: Tontonan kemuncak hari pertama catat 36,100 penonton

Published

on

Foto: What's The Meta

KUALA LUMPUR – Kejohanan amal organisasi popular tanah air, Team Bosskurr, iaitu BOSSKURR CUP mencatatkan tontonan kemuncak sebanyak kira-kira 36,100 penonton pada hari pertama.

Rekod itu dicatatkan ketika perlawanan pertama antara Bosskurr All Stars menentang Boss Revolution.

Pada perlawanan itu menyaksikan Fredo membuat kemunculan kembali dalam arena kompetitif Mobile Legends: Bang Bang (Mobile Legends) dengan menggunakan hero Karrie.

Dalam masa 12 minit 30 saat, Boss All Star yang turut daripada ‘Maharaja Soloz’, Obot, Zynn dan Gripex menewaskan Boss Revolution dengan mata 14-7.

Walaupun Fredo hanya membuat kemunculan hanya sekali pada hari pertama kejohanan BOSSKURR CUP, dia muncul sebagai pemain MVP dalam pusingan itu.

Kedudukan terkini BOSSKURR CUP Musim Pertama

BOSSKURR CUP siri pertama ini dibawakan oleh organisasi e-sukan popular tanah air, Team Bosskurr, dihoskan Darul Khusus E-Sport dan portal e-sukan What’s The Meta Today sebagai media rasmi.

Ia turut mendapat tajaan daripada iPhone Wanted dan RED Esports. Setiap wang tajaan yang diterima bagi kejohanan itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau golongan yang memerlukan pada Ramadhan nanti.

BOSSKURR CUP berlangsung setiap Rabu dan Khamis bermula 12 Februari sehingga 15 April 2020. Ia disertai 9 pasukan dalaman organisasi Team Bosskurr dan 7 pasukan jemputan organisasi luar.

Anda boleh tonton secara langsung di Facebook: Team Bosskurr.

Berikut adalah jadual perlawanan hari ini:

Continue Reading

Trending

© MareaCarry 002907983-U What's The Meta 2019 All Rights Reserved

error: Content is protected!